Sayur Keladi atau asam rebus keladi. Orang utara panggil Sayuq Keladi hehe

Kebetulan pergi pasar hari jumaat lepas jumpa keladi yang fresh, siap dengan batang dan ubi keladi sekali. Keladi ni kalau di Kedah memang masak macam ni je. Apa yang sedap lagi ya kalau nak masak keladi ni?  Kalau ada resepi boleh share ye!

Resepi ni mak yang masak kan. Jadi semua bahan agak-agak je. Pandai-pandai lah adjust hehehe..

Asam rebus keladi Asam rebus keladi


Resepi Sayur Keladi

Bahan-bahan :
3 batang keladi dan ubi nya sekali. - direbus asing batang keladi dan ubinya. Rebus sehingga lembut dan empuk. Buang airnya dan tos dan bilas 2-3 kali.
3 ekor ikan kembung rebus -ambil isi sahaja
2 batang serai
Daun kesom
2-3 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan tumbuk / kisar :
8-10 tangkai Cili kering rebus
2 inci Kunyit hidup
4 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
2 inci halia


Cara-cara :

Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, air, isi ikan, serai, daun kesom dan asam keping. Rebus seketika sehingga cili tu masak.

Masukkan keladi dan ubi keladi yang sudah direbus. Masak seketika sehingga mendidih dan siap!