Nak beli apa kalau pergi Padang Besar ?

Ramai orang tanya... Nak beli apa kalau pergi ke Padang Besar ni? Lerr... hehehe

Just nak share panduan untuk yang nak kesana nanti boleh budget dan list apa yang berbaloi untuk dibeli.

Ada banyak barang yang dijual di Arked Niaga Padang Besar. Kena rajin berjalan dari satu kedai ke satu kedai lah kalau nak cari. Kalau di kompleks arked niaga yang 2 tingkat tu kebanyakan ada jual Tshirt, Kemeja, handbag dan pakaian wanita. Tapi kalau nak lagi murah, beli je kat kedai diluar bangunan 2 tingkat. Sebagai contoh hari tu saya beli handbag RM35 di kedai dalam bangunan 2 tingkat tu. Datang hari lain, saya temankan adik lelaki nak beli handbag tunangnya, kami ke kedai diluar depan gerai makanan tu hanya RM25 sahaja. Murah banyak kan?

Kalau beli Tshirt pula cari lah dulu yang dijual di khemah-khemah dan booth kat luar di perkarangan arked niaga tu sebelum masuk kedalam bagunan. Memang harga murah banyak!

Untuk beli  kerepek dan jajan di Padang Besar ni memang best beli di belakang deretan gerai makan disebelah arked niaga tu. Jangan beli yang dijual didalam arked niaga. Harga dia agak mahal berbanding yang dijual dibelakang gerai tu. Dibelakang gerai tu semua jenis makanan ada. Dah la murah, dan tak semua tempat boleh dapat, hanya di Padang Besar. Kat Tesco pun tak ada tau :D

Nak ke Padang Besar kalau dari KL, cuma kena ke drive sampai ke Plus Toll paling akhir sekali di Bandar Darul Aman (dekat je dengan rumah saya hehe) dan teruskan perjalanan ke Changlun. Tak payah keluar exit highway. Lepas bayar  tol RM1.60 terus sahaja menuju ke Changlun. Sampai Changlun akan jumpa exit disebelah kiri ke Arau, Chuping, Padang Besar, haaa masuklah exit tu dan ikut signboard. Dari situ drive terus sehingga jumpa UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis) dan ambil exit (naik jambatan) dan masuk kanan ke Felda Chuping / Padang Besar. Dari situ jalan terus sahaja dan akan sampai ke Padang Besar. Anda akan jumpa simpang ke Felda Chuping, tak payah belok just drive terus je sampai hujung jalan hehehe.. Pemandangan sepanjang tu sangatlah cantik. Dulu-dulu sepanjang jalan ada ladang tebu. Sayang sekali saya tak berkesempatan nak ambil gambar sebab kereta tak banyak dan sunyi, risau nak berhenti hehehe

Jom tengok jajan atau kerepek apa yang sedap di Padang Besar ni.

Ni biskut coklat. Biskut ni sangatlahhhh sedap! Dalam tu ada coklat . Kalau nak sedap lagi tinggal sekejap biskut tu atas kereta, coklat dalam tu akan cair cair meleleh hehe…. Sekilo RM18
P1171105ed P1171107ed

Ni keropok kentang  berperisa seaweed!! Sekilo RM18
P1171123ed

Gajus panggang. Ada 2 jenis dijual gajus panggang dan gajus yang digoreng bermajerin. Kalau yang goreng memang sedap dan lemak, tapi saya pilih yang panggang. Makan rasa tak berdosa sangat hehehe. Yang panggang RM23, Goreng RM28
P1171112ed

Kerepek Keladi Susu sekilo RM20
P1171117ed

Asam ni sedap. Tapi tak pasti apa nama dia. Jual bungkus. 3 bungkus cuma RM5
P1171124ed

Kalau ikut nak beli memang nak borong semua hehehe..
P1160847

Geram kan tengok!!
P1160849ed

Selalu beli kat kakak ni lah. Sangat peramah. Semua dia nak bagi rasa. Dia sendukkan setiap jenis kerepek dan keropok  dan bagi kita rasa.. tak beli pun tak pe.
P1160851ed

Lepas dah habis beli dan bayar dia masukkan lebihan keropok dan kerepek tester yang tak habis tadi tadi ke dalam plastik  untuk buat makan atas kereta. Macam kat bawah tu.. hehehe.. dapat free. Murah rezeki akak tu kan.
P1160854ed 

Post a Comment

24 Comments

  1. ya Allah baik sangat akak tu :D dapat satu plastik kot.

    yg perisa seaweed tu macam sedappp :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara berniaga yang buat pelanggan menjadi tetap mencari kat situ

      Delete
  2. Adusss.. Teringin jugak nak sampai Padang Besaq... Lum pernah jejak Perlis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga tak pernah sampai perlis

      Delete
  3. biskut yg dalam ada coklat tu macam biskut bear .ada brand apa ntahh..mahal kot..sekotak isi x sampai 20 bijik dah 3-4 ringgit.. btw kami pi sana last year tak pikir beli makanan..beli baju je..huwaaa!! rugi!!

    ReplyDelete
  4. kalau zaman dolu-dolu, mak kak ana pi Padang Besaq ni ikut rombongan, paling selalu bawa balik periuk belanga, pinggan mangkuk hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik.. rombongan cik kiah.. hehehe

      Delete
  5. Rezeki rezeki! Alhamdulillah. Ni fav kakak saya ni. Kalau dapat pergi sini, confirm dia shopping sakan!

    ReplyDelete
  6. xpenah makan kerepek susu tu.. 1st dengar pon.. camne la rasenye kak eny??

    ReplyDelete
  7. oh kenapa aku ingt padang besar tu kat johor. eksaited nak berjalan ke johor kot weekend nim. nasib baik baca entri nim. hho.. tak sabar lak nak plan ke padang besar nim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. saya berada dijohor.. dilahirkan. menetap.dan kerja di Johor

      Delete
  8. Banyaknya pilihan.. semua nampak menarik, sampaikan kita yang tak berapa suka makan asam pun bila nampak rasa macam nak cuba jugak..
    Semoga akak tu murah rezeki, bukan senang nak cari peniaga yang tak berkira kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. peniaga yang baik.. pelanggannya akan setia

      Delete
  9. yup biskut tu rangup n sedp..jajan lain pon sedap mcm kerepek ubi keladi susu

    ReplyDelete
  10. Nak tanya jauh tak dgn setesyen KTM tempat ni, ada tak kereta untuk di sewa. Kalau takada pasport boleh masuk sempadan Siam tak? Ingat nak ke sana cuti raya Cina ni Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada steseyen keretapi di Padang besar.. pekan tu kecik je...
      Nak masuk siam, kalau tak pakai passport kena pakai border pass.. boleh beli RM10 tapi masuk bahagian selatan thai sahaja..

      Delete
  11. Wahhh..banyaknya dapat free..bestnya akak tu...btw..tips2 sgt berguna utk shopoing d padang besar ni...tqvm

    ReplyDelete
  12. Anonymous19 June, 2016

    assalamualaikum, tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin menjaki tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat diharga

    ReplyDelete
  13. aida google pasal pdg besar.
    landed here.
    helpful sgt. especially tang biskut free tu :-)

    ReplyDelete