Haii semua... selamat masuk office, selamat monday blues. Bagi saya kat Kedah ni, dari semalam dah masuk office dah. Kadang-kadang rasa mcm terpinggir je duduk di Kedah ni sebab ramai kawan-kawan di luar Kedah i.e Penang, KL semua weekend Sabtu Ahad, akak kau sorang ni je weekend Jumaat Sabtu. Tension. Dah tu husband pun kat Ipoh weekend Sabtu Ahad, dah macam mana lah kan, PJJ satu hal, weekend tak sama satu hal. Orang kata PJJ pun ok pe, jadi weekend wife. Dahhhh weekend pun tak samaaaaaaaa.....

Habis cuti tahun macam tu je kadang-kadang sebab nak jumpa suami, nak juga la masak kat dia. Asyik masak upload kat blog, dia tengok telan air liur je lah muahahaha.. kesian laki akak.

Ok lah resepi ni simple je, tak lah perfect macam masak lemak orang Negeri Sembilan. Cukup setakat nak puaskan tekak sendiri nak makan Masak Lemak Daging heheh...  Kalau di Negeri Sembilan, rasanya dagingnya disalai dulu kan? Saya tak pernah makan yang jenis daging disalai. Nanti nak cuba buat kalau berkesempatan hehe... tapi nak salai daging tu macam mana pulak? Dalam oven boleh ke? hehehe balik rumah mak mentua kat kampung mungkin boleh try.

Masak lemak daging 2

Yang ni macam masak lemak cili padi ayam cuma gantikan dengan daging. Daging tu kena rebus dulu sampai betul-betul lembut, barulah digulaikan.

Masak lemak daging 1

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan. Lepas empuk, barulah dipotong sesuka hati
300 ml santan pekat
3 helai daun limau purut - dicarik-carik
2-3  biji kentang - dipotong
2 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa

Bahan ditumbuk :
2-3  inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
3 ulas bawang merah

Cara-cara :

Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan air rebusan daging, daun limau purut dan serai. Biar mendidih.

Masukkan santan dan daging rebus dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk. Rasa garamnya dan boleh la tutup api.

p/s : Daging lembu kalau dapat bahagian berurat tu buat masak lemak sedap!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ada buat Give Away Blog yang pertama.. Kalau ada yang nak join, KLIK SINI UNTUK JOIN.
Yang mana yang dah join tu terima kasih banyak banyak!!!

Hadiah Menarik Menanti!