Sayur Manis Rebung



Sayur bening macam ni kalau di kedah dipanggil sayur manis sebab tambahkan sedikit gula kedalam sayur tu supaya ada sedikit rasa manis dihujung hujung rasa. Sayur yang selalu digunakan ialah rebung segar yang diracik halus, bayam, daun asin-asin dan juga cendawan tiram. Nak campur –campur sekali pun boleh. Resepi ni tak menggunakan minyak langsung dan sesuai untuk yang berdiet.

Sayur Manis Rebung
Rebung jenis kecil diracik halus.
Daun Bayam secukupnya
3-4 biji cilipadi 
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
1 sudu besar gula - ikut nak manis macam mana. Selalunya sayur ni rasa dia manis sikit. Kalau tak suka tak payah letak
Garam  secukup rasa

Cilipadi, bawang dan belacan ditumbuk kasar kasar
Rebung yang diracik hendaklah direbus sehingga lembut, cuba rasa air rebusan kalau pahit buang air tu dan masuk air baru kemudian didihkan semula.
Bila mendidih, masukkan cili padi  dan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan bayam dan tunggu sehingga bayam lembut barulah diangkat.
Senangkan!








Post a comment

32 Comments

  1. Menyesal pulak Cik Iman tekan link nie sebab lapar :( lol

    ReplyDelete
  2. mkkn dgn nasik panas2 perghhhh!

    ReplyDelete
  3. ehh err alamak ana x pndai makan rebung. sbb yg slalunye kalo kt kdai mkn tu depa guna rebung jeruk kot no sbb ada mcm bau2 sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu rebung jerokk xsedpt rebung asli sedap

      Delete
    2. susah betul nak dapat rebung nih

      Delete
  4. makan dengan ikan gelama masam goreng...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk blk cari ikan gelama masam lah hujan2 sedap ni

      Delete
    2. ada sambal belacan memang kick betul

      Delete
  5. saya paling suka gulai rebung dengan kaki ayam. sehingga menjilat pinggan. haahaaaaa

    ReplyDelete
  6. pekena dengan sambal belacan sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal belacan dgn sayur manih rebung memng gu dia azman

      Delete
    2. berpeluh peluh ketiak makan.. hehehehe

      Delete
  7. lauk yang baik untuk perut

    ReplyDelete
  8. lepas makan.. perut kenyang... hehehe

    ReplyDelete
  9. kominasi lauk dan sayur yg awesome la eny

    ReplyDelete
  10. wow..tak pernah masak macam ni lg...rupanya boleh mix erk...hihihi

    ReplyDelete
  11. wow..tak pernah masak macam ni lg...rupanya boleh mix erk...hihihi

    ReplyDelete