Baca pengakuan suami curang yang banyak di share kat Facebook sekarang ni memang rasa sakit hati je kan.... baca sini Pengakuan Suami Curang.
Agak terkilan baca artikel yang berat sebelah. Suami curang hanya kerana isteri tidak menjaga penampilan diri. Isteri diberi wang tetapi tak disuruh pula guna wang tu untuk membeli alat solek dan pakaian. Entah cukup ke duit yang awak bagi tu. Ramai pulak tu yang salahkan isteri, tak hargai suami dah beri wang. Tak reti nak gunakan wang suami bagi untuk cantikkan diri didepan suami
Mana tahu isteri simpan sikit-sikit untuk masa depan anak-anak. Isteri beli emas itu pelaburan. Isteri beli perabut pun nak cantik kan rumah untuk keselesaan keluarganya. Seorang isteri mestilah nak tengok keluarganya sempurna. Suami balik kerja, rumah tak bersepah, rumah nampak cantik. Suami dapat berehat dengan selesa, tengok TV HD atas sofa empuk layan bola sambil goyang kaki!!
Cik abang (merujuk kepada si suami yang curang tu), Kenapa awak duit boleh bagi, tetapi mulut berat nak suruh isteri bersolek, bersiap, pakai baju cantik-cantik. Alasan bodoh takut isteri terasa hati. Kalau susah sangat, belikan saja pakaian cantik ikut taste awak tu dan suruh isteri pakai. Bawak mak andam ke rumah minta ajar isteri bersolek. Hantar isteri ke spa atau slimming centre untuk isteri jaga badan dan penampilan. Bukan bagi selonggok duit kepada isteri macam tu sahaja dengan harapan duit-duit tu akan membuatkan isteri akan menjadi sejelita Kim Kardashian. It takes a little effort la cik abang dari awak diam dan mengharapkan isteri buat perubahan. Mana tahu si isteri takut dan risau nak belanjakan wang tu sesuka hati, takut suaminya tak cukup duit, takut dikatakan kaki menghabiskan duit suami. Kami orang perempuan kalau suami bagi duit, mesti lah perkara utama fikir nak buat belanja dapur, belanja sekolah anak. Kalau dah letak list no 1, hand bag, no 2 barang make up, apa jenis isteri dan mak tu? (pun kena kutuk juga kalau habiskan duit shopping beli barang perempuan).
Cik abang dah tanya ke isteri tu sempat makan ke, sempat berehat ke, sempat mandi ke? Sempat ke nak ke saloon potong rambut yang dah macam hantu kak limah tu.. ada cik abang tanya dia? Awak bagi dia duit je tapi tak tanya apa masalah dia, adakah dia perlu pertolongan. Perlu ke nak tolong drive ke butik beli baju baru? Mana tahu dia sibuk drive hantar anak ulang alik ke sekolah dan ke tuisyen. Yang awak tau awak nak dia layan awak dari hal makan, pakai sampai ke atas katil tip top. Awak ingat duit awak tu buat upah dia buat semua tu ke???
Isteri juga perlu diberi perhatian dan layanan dari suami. Bukan bagi duit selonggok dan taraaaa hidup awak sebagai suami perfect ibarat hidup di syurga. Bukan hanya suami je yang mengharap layanan first class dari isteri. ISteri juga perlu layanan first class dan jangan terkejut apa kah layanan first class yang isteri tu nak, mesti ada antara para isteri akan cakap.. "tolong sidai baju" tolong tukar tong gas kat kedai" tolong basuh pinggan lepas makan". Keduanya menainkan peranan dan saling memberi perhatian.
Isteri cantik dilabel high maintenance, isteri tak cantik dilabel low class. Semuanya nak salahkan perempuan. Geram betul!
Nukilan dari,
Isteri Sewel Yang Baik Hati dan Sayang Suami Beliau Sepenuh Hati
;D
15 Comments
ngat kan sapa yg dikatakan isteri sewel tu..haha..lawak lah sis ni.. by da way klu sudi mai la baca pendapat gadis bujang macam ai ni nak komen..huhu..ai pun rasa geram dgn pengakuan laki tu..
ReplyDeleteAKU DAN KAMU: SUAMI CURANG HANYA KERANA ISTERI HILANG KESERIANNYA..
suami curang biasanya suami yg sewel..haha
ReplyDeletehehehee.. betol..!!
Deletekiter dah baca wak....good job!
ReplyDeletehahah lawak la...janji kita kerja ada income mesti suami xberani nk curang
ReplyDeletekalau memasing tak terime kurang memasing.. gitu lah.. hidup bersama kan elok saling terime.. dah nak wife santek, bawak lah ke mana yang patut bukan bagi sedebokk..! ingat wife kat umah dok senang lenang...??? tah2 nak pi toilet nak sembayang pon tak senang..
ReplyDeletehahahaha ok sori ana tergelak sat part "isteri sewel" tu =P
ReplyDeletebetoi kak eny ckp tu. apa ingt semuanya nk slhkan perempuan ke?
eeee tlg la cermin jugak diri sndiri sbg suami tu kan kak kan..
sy tak pernah main benda tu T__T
ReplyDeletehanisamanina.com
dah nak isteri macam janda, bagi tau la. ni kecurangan dah terbongkar, baru nak bagitau. apa citaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteBetul tu Eny...
ReplyDeleteSuami curang tu saja je bg alasan nak menutup kecurangan dia.
poligami itu tak salah.. hukum Allah itu maha adil
ReplyDeleteyang salah adalah alasan nak berpoligami yang tak masuk akal
ReplyDeletesaya menyokong poligami yang adil.. tapi menentang poligami yang menindas
ReplyDeletesuami sewel=suami curang..hihihi..dia ingat keinginan dia aje..
ReplyDeleteBukan senang nak dapat pasangan perfect 10.. yang penting hati kita dulu.. sweet gambar last tu, kikiki..
ReplyDelete