Baca pengakuan suami curang yang banyak di share kat Facebook sekarang ni memang rasa sakit hati je kan.... baca sini Pengakuan Suami Curang

Agak terkilan baca artikel yang berat sebelah. Suami curang hanya kerana isteri tidak menjaga penampilan diri. Isteri diberi wang tetapi tak disuruh pula guna wang tu untuk membeli alat solek dan pakaian. Entah cukup ke duit yang awak bagi tu. Ramai pulak tu yang salahkan isteri, tak hargai suami dah beri wang. Tak reti nak gunakan wang suami bagi untuk cantikkan diri didepan suami

Mana tahu isteri simpan sikit-sikit untuk masa depan anak-anak. Isteri beli emas itu pelaburan. Isteri beli perabut pun nak cantik kan rumah untuk keselesaan  keluarganya. Seorang isteri mestilah nak tengok keluarganya sempurna. Suami balik kerja, rumah tak bersepah, rumah nampak cantik. Suami dapat berehat dengan selesa, tengok TV HD atas sofa empuk layan bola sambil goyang kaki!!

 Cik abang (merujuk kepada si suami yang curang tu), Kenapa awak  duit boleh bagi, tetapi mulut berat nak suruh isteri bersolek, bersiap, pakai baju cantik-cantik. Alasan bodoh takut isteri terasa hati. Kalau susah sangat, belikan saja pakaian cantik ikut taste awak tu dan suruh isteri pakai. Bawak mak andam ke rumah  minta ajar isteri bersolek. Hantar isteri ke spa atau slimming centre untuk isteri jaga badan dan penampilan. Bukan bagi selonggok duit kepada isteri macam tu sahaja dengan harapan duit-duit tu akan membuatkan isteri akan menjadi sejelita Kim Kardashian. It takes a little effort la cik abang dari awak diam dan mengharapkan isteri buat perubahan. Mana tahu si isteri takut dan risau nak belanjakan wang tu sesuka hati, takut suaminya tak cukup duit, takut dikatakan kaki menghabiskan duit suami. Kami orang perempuan kalau suami bagi duit, mesti lah perkara utama fikir nak buat belanja dapur, belanja sekolah anak. Kalau dah letak list no 1, hand bag, no 2 barang make up, apa jenis isteri dan mak tu? (pun kena kutuk juga kalau habiskan duit shopping beli barang perempuan).

Cik abang dah tanya ke isteri tu sempat makan ke, sempat berehat ke, sempat mandi ke? Sempat ke nak ke saloon potong rambut yang dah macam hantu kak limah tu.. ada cik abang tanya dia? Awak bagi dia duit je tapi tak tanya apa masalah dia, adakah dia perlu pertolongan. Perlu ke nak tolong drive ke butik beli baju baru? Mana tahu dia sibuk drive hantar anak ulang alik ke sekolah dan ke tuisyen.  Yang awak tau awak nak dia layan awak dari hal makan, pakai sampai ke atas katil tip top. Awak ingat duit awak tu buat upah dia buat semua tu ke???

Isteri juga perlu diberi perhatian dan layanan dari suami. Bukan bagi duit selonggok dan taraaaa hidup awak sebagai suami perfect ibarat hidup di syurga. Bukan hanya suami je yang mengharap layanan first class dari isteri. ISteri juga perlu layanan first class dan jangan terkejut apa kah layanan first class yang isteri tu nak, mesti ada antara para isteri akan cakap.. "tolong sidai baju" tolong  tukar tong gas kat kedai" tolong basuh pinggan lepas makan".  Keduanya menainkan peranan dan saling memberi perhatian.  

Isteri cantik dilabel high maintenance, isteri tak cantik dilabel low class. Semuanya nak salahkan perempuan.  Geram betul! 


Gambar sekadar hiasan : Contoh Suami yang bagi layanan first class kat isteri bila isteri minta patung Panda comel dari mesin ni.. hee hee cute kan. Berapa ringgit dia habiskan duit semata-mata geram tak dapat patung panda tu sebab isteri sewel dia nak sangat panda tu mimihmihmih sabar je lah you dapat isteri sewel macam I....


Nukilan dari,
Isteri Sewel Yang Baik Hati dan Sayang Suami Beliau Sepenuh Hati
;D