Hai... dah breakfast ke?

Pernah makan nasi lemak kuning? Kalau kat Kedah ni nasi lemak kuning memang biasa dijual kat kedai makan pada waktu pagi. Macam nasi lemak biasa juga, ada sambal, ikan bilis dan telur. Tapi kebanyakan nasi lemak di Kedah ni dijual dengan pelbagai lauk sampingan selain sambal ikan bilis dan telur. Biasanya ada daging atau ayam masak kicap, sambal sotong kering, ayam masak merah dan banyak lagi.


Nasi lemak kuning 1

Nasi lemak kuning ni lain sikit dari nasi lemak biasa yang putih yang menggunakan santan. Nasi ni tak pakai santan sebaliknya ditumis seperti nasi minyak. Bahan tumis biasalah ada rempah 4 sekawan, halia, dan bawang yang dikisar. Selalu mak saya letak sikit susu sejat. Ohhh yee tak lupa daun pandan juga ditumis sekali. Yang kuning tu adalah serbuk kunyit  yang dicampurkan sekali.

Sambal tumis tu buat je seperti sambal tumis biasa. Kalau saya suka asingkan sambal dan ikan bilis supaya ikan bilis tu kekal rangup :D

Note : ikan bilis tu pakai ikan bilis yang dibeli di Padang Besar. Malas nak goreng ;D

Nasi lemak kuning 2

Resepi Nasi Lemak Kuning

Bahan-bahan :
4 Pot Beras
Air Secukup nya (saya tak bagi sukatan saya sebab kadang-kadang sukatan air depend pada beras kita guna kan)
1/2 cawan susu - tolak jumlah air tadi untuk dpt kan jumlah cecair yang betul
 2 Batang kulit kayu manis
3-4  Bunga lawang
4-5 cengkih
2-3  buah pelaga
2 helai daun pandan
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus dengan sedikit air
2-3 inci halia
3-4 bawang merah
4 -5 ulas bawang putih

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar bersama sama rempah 4 sekawan dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan air secukupnya dan serbuk kunyit. Masukkan susu, dan sedikit garam dan akhir sekali masukkan beras dan masak seperti masak nasi biasa. Boleh transfer dalam rice cooker juga.