Kari Peria Sumbat Telur

Pernah makan tak? Saya tak pernah jumpa lagi di kedai atau restoren yang ada kari ni. Selalu peria di goreng sahaja kan. Sebenarnya buat kari pun sedap. Dan kari peria sumbat telur ni Tok (emak kepada ayah) selalu buat. Back then, saya tak makan peria, jadi saya korek telur didalam tu sahaja. hehehe... Tapi sekarang  Peria adalah sayur kegemaran. Pahit ke tak tolak ke tepi. Tetapi saya suka peria yang agak pahit dari yang tak pahit (yang direndam air garam). 

Gambar banyak noise sebab pengcahayaan kurang ;D

DSC00851ed

Resepi Kari Peria Sumbat Telur

Peria Sumbat
1 Biji Peria - dipotong memanjang tengah tengah tetapi tidak putus, korek biji didalam dengan sudu dan bersihkan.
3-4 Biji Telur
Secekak Udang kecil dibuang kulit dan dicincang kasar
1 biji Bawang Besar dipotong dadu kasar-kasar
2 biji Cili padi atau cili merah dipotong nipis
2 ulas Bawang putih di cincang

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih cincang sekejap dan masukkan udang, dan bawang besar dadu. Masak sekejap sehingga udang masak dan bawang layu. Kemudian tuang telur yang telah dipukul dan dikacau kacau sehingga hancur (macam buat scramble egg) . Inti telur tadi di isi didalam peria dan tekan sehingga padat. Jika ada lebih inti, boleh dimasukkan ke dalam kuah kari supaya kuah lebih pekat

Kuah Kari - boleh ikut style masing-masing buat kari udang / ketam. Ni style saya buat :D
3-4 sudu besar rempah kari daging + 2 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air, masukkan setengah bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk.
200 ml santan - tapi jangan pekat sangat sebab kari ni cair cair sedikit.
3-4 ulas Bawang merah - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
3-4 ulas Bawang putih - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
sedikit Halia - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
Daun Kari
Kiub ayam jika suka


Cara - cara :

Pastikan guna periuk atau kuali yang boleh muat dengan saiz peria. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk bersama daun kari. Masukkan rempah kari yang dibancuh terlebih dahulu. Tumis sehingga naik minyak dan rempah garing. Masukkan santan dan dikacau sebati dengan rempah. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Masukkan kiub ayam. Masukkan peria yang telah disumbat. Masukkan inti yang lebih kedalam kuah kari. Masak sehingga peria lembut. Tetapi hati-hati apabila mengacau supaya telur didalam peria tak keluar.

Untuk menghidang, potong peria sumbat dan hidangkan didalam pinggan supaya mudah dimakan.



Post a Comment

35 Comments

  1. Amboi kak.. Inovasi ni..

    ReplyDelete
  2. sukanya...macam sedappp je ni.boleh buat resepi wif mr.suami lepas ni..dia peminat no.1 peria ni...

    thanks 4 sharing resepi best ni... salam kenal dan salam ukhwah dari laman mommylina.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya pun tak suka sayur peria. tapi tak pernah lagi makan peria dengan kari. siap sumbat dengan telur lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MNH hahhaa sedapkan peria pahit ubat tu

      Delete
    2. kena ada teknik.. Eny kan dah bagi petua tu.. peria tak pahit rendam air garam

      Delete
  4. kretip.. kretippp.. nak makan pon sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masuk pertandingan ni kan zfair eny nie

      Delete
    2. makan aje.. tak perlu sayang-sayang

      Delete
  5. ana pulak apa jenis peria / petola / kacang bendi ana x makan. errrr hehe =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dulu peria tak makan juga...
      tapi sekarang ni memang suka....

      Delete
    2. sedap tau peria...
      mula2 jgn mkn yg pahit sangat...

      Kalau gi kedai nasi kandar, ada peria goreng... ha, test tu dulu :)

      Delete
    3. kalau take alahan cuba rasa.. pasti terpikat

      Delete
  6. oh tak tau pulak pasal sumbat teloq ni. saya jenis tak makan peria petola :D :D :D

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasa...
    ni kali ke 2 tengok... kali pertama isteri bos (chinese) buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpernah tgk lg nie..huhuu kuno rasanya

      Delete
    2. tak pernah rasa? resepi dah ada cubalah

      Delete
  8. peria yang pahit memang banyak khasiat

    ReplyDelete
  9. budak-budak kalau makan memang ambil telurnya je.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab telor mak budak pun suka hahaha

      Delete
    2. hahaha.. bapak budak ni pun apa kurangnya

      Delete
  10. yang ni memang sedap...nyumy..tp lagi sdap klu tangan org lain yg buat..hihihi..

    ReplyDelete
  11. Erm yang ni pun kita tak pernah cuba lagi ^^

    ReplyDelete
  12. sedap nampok nak buat la nanti

    ReplyDelete