Hi, breakfast apa pagi ni? 

Kalau ada lauk lebihan semalam, dan pagi esok tak tahu nak masak apa untuk breakfast, boleh la buat macam ni ya. Nak panggil apa resepi ni ya... Sunny Side Up Egg kot atau dalam BM Telur Mata Kerbau.. :D

Semalam ada baki sambal ayam, cari-carik isinya. Panaskan sedikit minyak di kuali non stick, goreng sebentar ayam tadi sehingga sedikit garing, kemudian pecah 2 biji telur dalam kuali dan tabur tomato cherry yang dibelah. Tutup kuali sekejap supaya bahagian telur diatas masak dan mengeras. Boleh dimakan bersama roti, atau makan macam tu sahaja. 

20141116_181953