Daging Lada Hitam Stir Fried


Resepi sangat mudah. Semudah ABC. Hehehe... rasa dia pedas-pedas manis dan sedap makan dengan nasi putih begitu sahaja. Kalau isteri-isteri yang bekerja tu boleh la masak resepi ni untuk suami dan anak-anak. Boleh perap daging disebelah malam dan esoknya terus digoreng. Boleh juga guna ayam atau kepingan fillet ikan kalau tak suka daging. 

Ohhhh ada yang tanya saya ni fulltime housewife ka? eh mana ada, saya kerja, masak masak ni weekend sahaja. Actually saya PJJ dgn husband. Perkahwinan Jarak Jauh. Husband di Ipoh, Saya di Kedah. Bila berjumpa saya selalu masakkan untuk dia. Bukan senang saya nak masak kan untuk suami. Yang dapat duduk dengan suami sebumbung tu memang bertuah. Saya paling lama duduk dengan suami adalah 8 hari je hehehe... itupun time cuti raya. Di Kedah saya tinggal dengan mak dan adik-adik. Jadi kebanyakan saya masak untuk mereka lah. Weekdays mak saya akan memasak. Macam resepi ni, dah lama masaknya, ambil gambar dan simpan dalam harddisk. Bila free baru masuk resepi diblog.

Ok jangan lupa cuba resepi senang ni k!


Resepi Daging Lada Hitam Stir Fried

Bahan-bahan :
600gm-1kg  daging bahagian batang pinang dipotong nipis memanjang

Bahan perapan
2 sudu besar Lada hitam biji ditumbuk atau dikisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan

Bawang putih - diketuk
Halia - potong nipis
Bawang besar - dibelah 8
Daun bawang - potong panjang
Carrot -dipotong memanjang
Capsicum atau cili merah - dipotong memanjang
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar Tepung jagung /gandum yang dibancuh dgn sedikit air


Cara :
1. Perap daging bersama bahan perapan untuk seketika. Jika perap lama lagi sedap rasa daging nya!!

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia. Masukkan daging yang diperap tadi bersama air daging nya sekali. Goreng atas api sederhana sehingga daging lembut. Jika terlalu kering dan takut hangus boleh masuk kan sedikit sahaja air.

3.Apabila daging lembut, masukkan sayuran yang telah dipotong dan masak seketika. Akhir sekali tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air. Angkat dan hidangkan. Makan dengan nasi putih panas-panas wallahhh!!

Post a Comment

31 Comments

  1. Mudahnya resepinya.. Nanti nak try la.. saya ni tak rajin memasak, bila nak masak mesti nak resepi yg mudah2 ja.. pas makan jom detok badan,,hihi

    AKU DAN KAMU

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu kak. mudah pstu senang nk try hehe

      Delete
    2. simple kalau ada bahan di dapur

      Delete
    3. betul..sangat ,mudah dan simple

      Delete
  2. Salam kenal sis... cantik gambar...

    ReplyDelete
  3. sedapnya. lapar terus T_T

    Salam blogwalking here :)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  4. oohhh.. perap dulu.. selalu buat rase sangat kicapnya.. dah rupe dgg masak kicap.. hihiii.. thx bagi resepi yang sedap2 kak eny..!

    ReplyDelete
  5. first impression shad kan kak eny, that nasi dlm mangkuk tu sooo like macam korea kak..
    wuhuuu, resepi simple dah sedap.. boleh cuba nanti.. :D
    THANK YOU KAK SHARING2

    ReplyDelete
  6. teringat daging raya korban. masa tu habis semua resepi guna daging. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la bila time rya korban, jenuh la lauk daging sesaja =D

      Delete
    2. mkn daging byk2 nnt kepala pun penning darah pun naik

      Delete
    3. raya korban memang banyak daging.. hehehe

      Delete
  7. wah...thanks for the recipe...
    suka sangat masak ni... tapi biasa pakai perencah black pepper meggi je... huahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ana pon sllunye guna yg blackpepper maggie tu =D

      Delete
    2. promosi jenama maggi

      Delete
  8. kalau tak ada lada hitam yg biji2 tu, pakai serbuk dia je pun boleh kan?

    ReplyDelete
  9. super duper sedap ni...pedas2 lada itam kan...

    ReplyDelete
  10. Kalau buat lauk macam ni, bila tak selera pun boleh tambah nasi limablas pinggan :P

    ReplyDelete