Raya Haji 2014 di Kg. Piandang Lama, Siputeh Perak. Lambat sikit update story ni sebab busy!


Tahun ni raya haji turn sebelah suami, my DH kat Perak. Mak mentua masakkan ketupat palas pulut. Kalau di sebelah Kedah, mak I selalu buatkan ketupat palas, pulutnya dimasak dengan santan separuh masak, kemudian dipadat dan ditekan tekan , dibungkus dengan daun palas 3 segi bentuknya dan direbus atau dikukus sehingga pulut masak. Pulutnya agak pejal dan kenyal.




Berlainan dengan ketupat pulut daun palas emak mentua. Mula-mula sediakan sarung ketupat anyam dari daun kelapa. Kemudian masukkan beras pulut kedalam sarung tadi. Kemudian direbus di dalam santan sehinggalah santan kering dan pulut masak. Rasanya macam pulut bersantan, Cuma ada aroma daun kelapa, dan pulutnya tak berapa padat seperti ketupat palas. Feww panjang lebar explanantion :D



Di Kg. piandang ni juga setiap kali raya dihidangkan dengan kuih Gelamai. Kuih ni dimasak seperti lemang didalam buluh, tetapi buluh yang digunakan lebih kecil dari buluh lemang. Ianya diperbuat dari tepung, gula merah dan mungkin ada santan, main hentam je ni sebab lupa tanya mak mentua resepi dia.  Rasa macam apam gula merah sedikit. Cara masak, semasa mula2 bakar hendaklah menggunakan api kuat sehinggalah adunan tepung  dalam kembang naik ke atas.

I request nak masak nasi daging hari tu... mihmih mcm terrer!




Macam biasa raya haji mesti ada korban, dan menu sup tulang mesti ada.



Droooling balikkk!!