5 Makanan Enak Di Sekitar KL Sentral Yang Amat Berbaloi Untuk Dinikmati!

May 03, 2020

5 Makanan Enak Di Sekitar KL Sentral Yang Amat Berbaloi Untuk Dinikmati! 


Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai kewujudan KL Sentral? Selain dari pusat tumpuan masyarakat bagi aktiviti ekonomi dan  juga pengangkutan, KL Sentral juga boleh dijolokkan sebagai syurga makanan. Jika anda berada di sekitar KL Sentral - jangan lupa untuk mencuba 5 makanan enak di sekitar KL Sentral yang amat berbaloi untuk dinikmati! Lazat dari segi rasa, terjaga dari segi kebersihan dan tidak rugi membelanjakan wang anda untuk makanan-makanan tersebut. 

GwaKu (Q Sentral)

Cukup terkenal di kalangan mereka yang bekerja di sekitar KL Sentral. GwaKu (Q Sentral) merupakan pusat tumpuan ramai terutamanya ketika waktu rehat makan tengah hari. Menariknya, GwaKu memberikan tawaran variasi menu pelbagai yang ditukar setiap hari kepada para pengunjung mereka. Hidangan popular di GwaKu adalah seperti Roast Leg of Chicken with Potatoes, Carrots and Peas, Ayam Masak Merah, Begedil, Acar Nanas-Timun dan nasi. Bukan hanya hidangan berat, GwaKu (Q Sentral) juga menghidangkan pencuci mulut dengan rasa terbaik seumpama Bingka Ubi, Lepat Pisang, Pulut Panggang, Talam Seri Muka dan banyak lagi. 

BUILT Custom Burgers (Nu Sentral)


BUILT Custom Burgers adalah sebuah restoran yang menekankan konsep fleksibel dan "on-the-go" yang masih mengekalkan kualiti hidangan. Burger yang disediakan khas mengikut kehendak pelanggan dan "burgers-in-a-bowl" adalah identiti BUILT Custom Burgers yang menjadikan ia cukup terkenal. Konsep BUILT Custom Burgers adalah bagi membolehkan pelanggan untuk masuk dan keluar dari restoran mereka dengan cepat sambil memerhatikan kakitangan BUILT Custom Burgers menyediakan hidangan sepanjang barisan menunggu. Bermula dari daging burger, keju, sos, bahan tambahan, roti serta hidangan sampingan - sekali cuba anda pasti suka. Sekiranya anda seorang yang mengamalkan gaya pemakanan sihat, anda juga boleh memilih burger salad sebagai hidangan anda. Tidak ada masalah! Semuanya mengikut kesesuaian seseorang pelanggan. Jangan lupa untuk turut mencuba hidangan sampigan seperti Sweet Potato Fries dan juga Crispy Onion Strings. 

Briyani @ Sami's Corner (Brickfields)



Hanya dengan RM8.00 sahaja anda boleh menikmati briyani enak yang dihidangkan bersama telur dan air sirap. Tempat duduk di ruangan makan di warung ini adalah sentiasa penuh dan agak terhad. Jadi sekiranya anda bercadang untuk mencuba Briyani @ Sami's Corner - membawa bekas makanan anda sendiri untuk dibungkus adalah satu idea yang bernas. Selain briyani, mereka juga menghidangkan Sup Kambing, Nasi Campur dan juga variasi pilihan menu yang lain. 

Quartet



Suasana ruang makan yang sememangnya terjamin kebersihan dan juga keramahan kakitangan di Quartet menjadikan ia salah satu tempat mesti singgah jika anda berada di sekitar KL Sentral. Hidangan kopi yang disediakan oleh Quartet adalah sangat segar dan sandwich yang ditawarkan adalah sangat bersesuaian untuk anda yang lapar tetapi perlu bergerak pantas. Terdapat juga variasi hidangan lain seumpama Grilled Chicken Pesto Bombay (hidangan terbaik di Quartet), Beef Salami, Mozacado, Tempala dan Grilled Cheese Mushroom Sandwich. Rasa? Tentunya sedap! 

Warisan Ayam Nasi Kukus (Nu Sentral)




Ini sememangnya popular! Kemahiran penyediaan hidangan Pantai Timur yang digayakan di dalam hidangan nasi kukus yang digandingkan bersama-sama kuah gulai dan ayam goreng. Bukan sekadar sejenis dua nasi tetapi terdapat lima variasi nasi iaitu nasi kukus biasa, nasi pandan, nasi santan, nasi beras perang dan nasi yang dimasak bersama-sama pati bunga seri pagi. Kesemuanya wangi tetapi cukup enak untuk dinikmati. 

Mahu menikmati hidangan enak di sekitar KL Sentral tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kepelbagaian faktor yang mempengaruhi keadaan serta situasi? Tidak perlu risau anda menjadi kempunan mahupun terkulat-kulat membayangkan keenakan hidangan-hidangan makanan yang terdapat di sekitar KL Sentral. Ini adalah kerana FoodPanda sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat penghantaran makanan dari rakan-rakan restoran yang terbaik buat anda. Namakan sahaja sama ada anda memerlukan penghantaran makanan Melayu asli, makanan India, makanan Cina mahupun western food near me, FoodPanda sedia berkhidmat. 

Jauh atau dekat segalanya mungkin dengan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik di Malaysia! 






You Might Also Like

0 comments