Tip Masak Sambal Tumis Pekat Sedap!

April 13, 2020

Nak share tips nak buat sambal tumis sotong sedap yang pekat dan tak berair. Juga boleh Kekny share resepi sambal tumis yang sedap. Kalau orang Kedah panggil sambal ni mesti pekat berdodoi maksudnya pekat macam dodol yang baru masak panas tu. Haaaa macam tu lah orang kata pekat dan sedap dia !

Mesti semua orang suka sambal tumis kan. Seiring namanya, sambal tumis ni faktor kesedapanya bergantung kepada lamanya sambal tu ditumis. Lagi lama lagi sedap, biar cili masak garing betul. Tapi ramai juga komplen nak masak cili lama-lama pijar tangan sebab cilinya merecik. Ya memang! 


Tapi janganla risau, ada tipsnya nak masak cili lama ni tak merecik kena tangan dan sepahkan dapur. Nanti Keny share kat bawah.

Cara Buat Sambal Tumis Sedap

Mula sekali cili kering yang akan kita kisar, dipotong pendek (gunting) dan direbus sampai lembut. Kemudian bila lembut, kita letak dalam penapis dan lenyek guna sendukbiar cili pecah-pecah untuk keluarkan biji didalam cili. Bila nampak biji keluar semua, masukkan dalam bekas berisi air dan tapis semua bijinya

Selalunya Kekny akan kisar cili kering rebus tadi bersama bawang besar yang banyak, bawang putih bagi lebih sikit.n Kisar halus dengan air.



Untuk buat sambal sotong ni pula, mesti akan berair kan bila sotong masak dan kecut. Jadi kita kecutkan sotong terlebih dahulu dengan goreng tanpa minyak. Semua air akan keluar. Air tersebut kita asingkan masuk mangkuk.


Masa kita tumis cili kisar tadi, bila agak cili kering dan naik minyak, cili akan memercik. Jadi masukkan air sotong tadi sikit dan terus masak cili sampai kering. Dah kering lagi dan memercik, masukkan lagi air sotong. Buat 3-4 kali sampai air habis. Dengan ini cili tak memercik dan cili juga masak sedap sebab dimasak lama lama. Rasa sotong juga akan masuk dalam kuah sambal tadi sebab kita guna air sotong. Insyallah sedap sambal kita nanti.


Nasi Tomato Sambal Sotong yang Kekny masak 2-3 minggu lepas. Sedap makan sambal sotong pekat dan likat ni. Sambal dia pun merah gelap sebab cilinya dimasak lama.

Resepi Nasi Tomato Utara dan Ayam Masak Merah Style Kenduri KLIK SINI


OK hangpa tengok sajalah video kat bawah ni. Senang nak faham kan!. Ok sampai next entry! Selamat bercuti dan berkuarantin ya!









You Might Also Like

1 comments

  1. nmpk sedap sotong msk sambal tumis ghituuu.,

    salam pkp 2020 fasa 3 ye kak eny ., ;p

    ReplyDelete