Torn Lasagna Sos Tomato

September 30, 2019

Kekny kan tengah diet sekarang. Ini memang serius diet sebab kali ini memang dapatkan bantuan Doctor. Alhamdulillah so far masih konsisten. Ok kali ni nak share resepi mudah guna kepingan lasagna dan simple sos tomato je. 


Sebenarnya Kekny cuma nak bagi idea saja kat hangpa, boleh guna lasagna ni untuk buat masakan lain selain lasagna yang lapis dibakar tu. Korang boleh pelbagaikan sos. Nak guna creamy white sauce, nak buat ala carbonara, bolognaise semua pun boleh je. Resepi Bolognaise KLIK SINI  dan Resepi Carbonara KLIK SINI 


TORN PASTA SOS TOMATO PEDAS

Bahan-bahan
5 keping lasagne, direbus lembut
½ cawan tomato dalam tin, dilenyek
4 keping slices chicken ham, dipotong kecil
2 sudu besar serbuk paprika
4 biji buah zaiton hitam jeruk
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Lasagna direbus lembut. Toaskan dan gaul dengan mentega. Tabur daun thyme kedalam lasagna. Apabila sejuk, carik-carikkan kepiangan lasagne menjadi kepingang kecil memanjang

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih, masukkan chicken ham. Masak seketika

3. Masukkan tomato dalam tin yang dilenyek. Masukkan serbuk paprika. Masak sehingga kuah pekat.

4. Masukkan buat zaitun dan masak lagi seketika.

5. Curahkan kuah keatas lasagna yang dicarik tadi. Sedia dihidangkan.


You Might Also Like

0 comments