Resepi Mee Kuah Utara Ringkas Dan Sedap

July 08, 2019

Mee Kuah Utara ni siapa pernah makan? Kekny dulu masa kecik-kecik memang kalau dibawa ke kedai makan, memang ini lah yang selalu Kekny order. Masih teringat masa kecik, arwah Tok buat sendiri mee dari tepung gandum sebab dulu-dulu susah nak dapat mee yang halal. Dan keistimewaan mee kuah utara ni ialah ianya menjadi hidangan semasa raya, kenduri kendara atau hidangan untuk majlis kecil. Nak asingkan kuah seperti mee rebus pun boleh atau jika nak makan terus boleh masakkan mee sekali dalam kuahnya. Menu paling ringkas nak masak untuk  hari-hari terutama kalau dah jemu makan nasi tu.  


Boleh guna apa sahaja bahan di rumah. Selalunya nak sedap letak daging, nak rasa manis letak udang, ketam sotong, atau kalau kanak-kanak suka yang diletak ayam. Ohh yaaa sebelum tu, tempat hangpa mee kuah ni dipanggil Mee Bandung. Haa sama ja sebenrnya Mee Kuah dan Mee Bandung ni. Yang tak samanya mungkin Mee Bandung Asli Johor yang cara masak dan resepinya lebih complicated. Mee Kuah kalau di utara ni dah jarang Kedai Melayu jual. Rata-rata kedai makan sini dimonopoli oleh Restoren Siam dan Mee Kuah nya dalam menu disebut Mee Bandung memang rasanya lain dari Mee Kuah Yang kita makan dulu -dulu dari kedai Melayu. Kebanyakkan mereka guna sos cili dan sos tomato yang terlalu banyak sampai menjejaskan rasa kuah dan adalakalaanya terlalu manis. Daripada kita beli yang kebanyakan diletak sos je lebih dan terlalu manis serta masin baik lah buat sendiri baru puas hati.  Resepi Mee Kuah Udang Lipan KLIK



Resepi Mee Kuah Utara

Bahan-bahan 
1 bungkus  kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak. Tos 2-kali.
1 mangkuk isi ayam dipotong kecil
4 biji telur
Secekak sawi dan batangnya
1 mangkuk kobis dipotong
4 sudu besar sos tiram
1/2 tin tomato sup dalam tin
1/4 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak dikisar (optional ada yang suka ada yang tak suka masuk - tujuanya nak bagi pekat kuah dan rasa lebih lemak)
3 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air sikit - kalau tak letak kacang, letak tepung jagung ya)
Sedikit minyak untuk menumis
Boleh tambah fishcake, fishball, daging, udang, sotong jika suka ya.


Bahan kisar
1 cawan cili kering yang telah dipotong, buang biji dan direbus lembut
1 biji bawang besar / 10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah keras
1 sudu besar udang kering - jika pakai udang segar sebagai bahan, tak perlu guna udang kering lagi ya

Bahan hiasan tabur 
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cili merah
Tauhu goreng
Limau kasturi



Cara penyediaan 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Masukkan isi ayam, sos tiram dan tomato sup dan masak sehingga ayam empuk. 

Bila ayam empuk, baru tambah air dalam 1 liter untuk banyakkan kuah dan masukkan fish ball atau fishcake. Masukkan batang sawi dan kobis. Biar kuah mendidih. Rasa garam dan gulanya. Boleh tambah kiub ayam jika suka.

Bila kuah mendidih pecahkan telur sebiji sebiji. Masukkan kacang tanah atau bancuhan tepung jagung. Akhir sekali masukkan mee dan daun sawi. Mee tu kalau nak asingkan pun boleh cuma kena celur dulu la.

Hidangkan dengan bahan hiasan. Siap!





You Might Also Like

1 comments

  1. Salam Kak Enya. Done follow #727

    Mula2 baca tu, Mee kuah memang tak pernah makan.

    Tapi bila akak cakap sama dengan Mee bandung, owh rupanya sama 😊

    Tq sharing recipe

    ReplyDelete