Mee Kuah Udang Lipan

10:16 am

Udang Lipan ialah sejenis udang bermusim yang harganya agak murah berbanding udang biasa, tapi rasanya lebih sedap dari udang. Ini kerana rasanya yang seakan menyamai isi ketam, manis dan lemak selain isinya yang lembut. Sedap dibuat masakan berkuah seperti kari, masak lemak atau dibuat mee kuah udang lipan ni.

Kekny dan family memang selalu beli udang lipan ni kalau terjumpa. Bermusim tu sebab adakala memang banyak sekali dijual. Tapi kalau tak da tu memang susah nak cari. Satu lagi udang ni juga macam ketam, ada masa isinya tak banyak, ada masa isinya penuh dan padat. Jadi tips masa nak beli udang ni, pegang udang tu dan kalau rasa berat walaupun udang tu kecik, tu bermakna isinya penuh dan padat.

Sedap buat mee kuah atau mee bandung sebab rasa kuah mee menjadi lebih sedap!

P2246831ed P2246821ed

Cara siang udang lipan ni senang je... potong dengan gunting bahagian tajam di kiri dan kanan badan, potong hujung ekor dan kepala yang tajam. Siap!
siang udang lipan




Resepi Mee Kuah Udang

Bahan-bahan
1-2 bungkus  mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak. Toskan dan masuk dalam raga penapis

1 kg Udang lipan atau udang biasa, boleh ganti ayam, sotong dan daging
3 keping tauhu dipotong
fishcake dan fishball secukupnya
2-3 biji telur
1/4 bahagian kobis dipotong
1 pokok sawi dipotong
2-3 sudu besar cili kisar bersama bawang besar dan bawang putih
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Tauhu - dipotong dadu
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.





Cara penyediaan


Panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang putih yang diketuk dan kemudian cili kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan garam. Biar sehingga mendidih.

Bila mendidih masukkan udang lipan, fish cake, fish ball dan tauhu. Akhir sekali masukkan bahan sayuran dan pecahkan telur. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Boleh hidangkan dengan mee, taburan daun bawang, bawang goreng dan taugeh yang dicelur.

You Might Also Like

0 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com