Daging Lemak Cili Api

April 16, 2019

Lama tak masak daging lemak cili api. kali terakhir masak menu ni rasanya 6 tahun lepas hahaha.. baca kat SINI. Itu kali pertama masak lemak daging. Bukan jenis disalai ya. Sebab kat Kedah ni Masak Lemak Cili Api Daging jarang jarang jumpa. Tapi bila masak tu memang sedap betul nak nak kalau dibuat extra pedas, dengan kuah lemak dia cukup lemak santan dia. 


Kali ni daging tu Kekny rebus dulu sampai empuk, kemudian daging rebus tu Kekny gaul kunyit dan garam dan bakar sekejap dalam oven. Nak keringkan dia saja. Air rebusan buat kisar bahan kisar nanti. Baru manis daging dia tak hilang.


Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap betul. Ada lauk ni saja pun cukup dah. 


Ok jom tengok resepi mudah Daging Lemak Cili Api ni.


Resepi Daging Lemak Cili Api 

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan. Lepas empuk, gaul garam kunyit dan bakar sampai kering airnya. Potong nipis
300 ml santan pekat
3 helai daun limau purut - dicarik-carik
2-3 biji kentang - dipotong
2 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa

Bahan kisar ( dikisar dengan air rebusan daging)
2-3 inci kunyit hidup
2 inci halia
10-15 biji cili padi merah dan hijau - kalau nak  warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
8-9 ulas bawang merah atau 1 ulas bawang besar


Cara-cara :

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk, didihkan.
Masukkan kentang dan air rebusan atau air biasa. Masukkan serai, daun limua purut  Masak kentang sampai empuk

Bila kentang dah empuk masukkan santan dan daging yang dibakar tadi. Masak sambil kacau sehingga mendidih tapi jangan pecah santan ya. Kena kacau selalu.

You Might Also Like

0 comments