Daging Masak Lemak

11:54 am

Haii semua... selamat masuk office, selamat monday blues. Bagi saya kat Kedah ni, dari semalam dah masuk office dah. Kadang-kadang rasa mcm terpinggir je duduk di Kedah ni sebab ramai kawan-kawan di luar Kedah i.e Penang, KL semua weekend Sabtu Ahad, akak kau sorang ni je weekend Jumaat Sabtu. Tension. Dah tu husband pun kat Ipoh weekend Sabtu Ahad, dah macam mana lah kan, PJJ satu hal, weekend tak sama satu hal. Orang kata PJJ pun ok pe, jadi weekend wife. Dahhhh weekend pun tak samaaaaaaaa.....

Habis cuti tahun macam tu je kadang-kadang sebab nak jumpa suami, nak juga la masak kat dia. Asyik masak upload kat blog, dia tengok telan air liur je lah muahahaha.. kesian laki akak.

Ok lah resepi ni simple je, tak lah perfect macam masak lemak orang Negeri Sembilan. Cukup setakat nak puaskan tekak sendiri nak makan Masak Lemak Daging heheh...  Kalau di Negeri Sembilan, rasanya dagingnya disalai dulu kan? Saya tak pernah makan yang jenis daging disalai. Nanti nak cuba buat kalau berkesempatan hehe... tapi nak salai daging tu macam mana pulak? Dalam oven boleh ke? hehehe balik rumah mak mentua kat kampung mungkin boleh try.

Masak lemak daging 2

Yang ni macam masak lemak cili padi ayam cuma gantikan dengan daging. Daging tu kena rebus dulu sampai betul-betul lembut, barulah digulaikan.

Masak lemak daging 1

Resepi Daging Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan. Lepas empuk, barulah dipotong sesuka hati
300 ml santan pekat
3 helai daun limau purut - dicarik-carik
2-3  biji kentang - dipotong
2 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa

Bahan ditumbuk :
2-3  inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
3 ulas bawang merah

Cara-cara :

Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk dan air rebusan daging, daun limau purut dan serai. Biar mendidih.

Masukkan santan dan daging rebus dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk. Rasa garamnya dan boleh la tutup api.

p/s : Daging lembu kalau dapat bahagian berurat tu buat masak lemak sedap!!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya ada buat Give Away Blog yang pertama.. Kalau ada yang nak join, KLIK SINI UNTUK JOIN.
Yang mana yang dah join tu terima kasih banyak banyak!!!

Hadiah Menarik Menanti!

You Might Also Like

53 comments

  1. Replies
    1. pakat terliur secara berjemaah dah =D

      Delete
    2. GJ,zafair dan azman korang ni...yg melelh air liur sudah lerr

      Delete
    3. masih lagi terliur setiap kali berkunjung ke entri ini... hehehe

      Delete
  2. asal masuk blog ni je, perembesan amilase liur menjadi aktif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laaaa, dah la duduk jauh dari tanah air ni, kecur air liur je. tapi tak masuk blog ni, rasa tak lengkap pulak

      Delete
    2. untuk elakkan terliur.. masuk blog nih tutup mata.. hahaha

      Delete
    3. GJ ,anis dan azman hahhaa jom kita try tgkk

      Delete
    4. aduh.. penuh mulut nih dengan air liur..

      Delete
  3. nak lunch ni.. terliur tgk lauk sedap..jeleslah dgn sis, pandai masak.. one of my blog list wajib sggh tngok resepi..

    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny pandai masak kan? lengkap resepi lagi tu

      Delete
    2. kan qaseh setuju dgn pendapat awak kan azman kannn

      Delete
    3. jom belajar masak.. biar jadi sehebat eny

      Delete
  4. waa... sedapnya.. tengahari cenggini tgk pulak lauk sedap ni.. Lapo.. huhu.. Takde pulak kat area opis ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jauh sikit takpe.. jangan kempunan pulak nanti

      Delete
    2. sue hihiii takut kempunan ya azmn sabar jer la

      Delete
  5. Aduhai....baru lepas makan sebenarnya ni..tapi jadi lapar balik.
    Dap dap dap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat blog nih semua orang jadi lapar

      Delete
    2. tudia tgk ja pun dh boleh terasa di perut hihii setuju dak kawan2

      Delete
    3. semua yang datang dengan perut kenyang pun menjadi lapor kat sini

      Delete
  6. dulu pernah kawan share cara nak bagi daging lembut; dalam air rebusan tu, letak sudu besi, mungkin sbb dia besar, lagi cepat panas la kot air tu. hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. cara tu daging cepat lembut

      Delete
    2. petua org2 tua tu anis setuju lah kan azman

      Delete
    3. ada macam-macam petua lagi melembutkan daging

      Delete
  7. dalam gambar ada daun.. daun apa tu? daun salam ke? ada orang cakap masuk daun salam sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya daun kari kot tu azman

      Delete
    2. rasanya bukan daun kari.. terlalu besar untuk saiz daun kari

      Delete
  8. Daging salai mmg best kalau buat masak lemak..rasa dan bau daging yg dah disalai mmg lain dr daging biasa.nnti sis eny cubalah.sedap tau..cara buat daging salai bukan panggganh atas api semata.iti yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging salai susah nak cari..

      Delete
    2. daging salai kena kita rajin sikit la azman n shira salai daging dulu baru kita masakan dia..betul tak eny

      Delete
    3. sesungguhnya yang leceh tu lah yang paling sedap

      Delete
  9. fuhh tak sanggup masuk blog kak eny ni 1 je sebab dia - LAPAQ =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.. mengundang kelaporan betul

      Delete
  10. Alahai.. Sedapnya. Teringat masakan mama rara

    ReplyDelete
  11. Nanti bolehlah try resepi kak Eny ni, nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. resepi dah ada.. tinggal nak dicuba aje

      Delete
  13. Masak lemak daging salai pun sedap ... Campur plak buah bacang cincang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah bacang tu dah lama tak dengar.. dah jarang orang jual..

      Delete
  14. terliur tgk masakan eny...akak dh lama x update.. x de kesempatan..

    ReplyDelete
  15. sedapnya daging masak lemak, I is suka :D tapi daging salai lagi sedap kak.. rasa lebih kurang macam daging yang dibakar.. seeloknya pakai dapur arang utk bakar, tapi kalau nak pakai oven pun boleh ^^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com