Kuih Kaswi Pandan Lembut Bergedik!

Kuih Kaswi ialah salah satu kegemaran Kekny. Dan Kuih Kaswi juga ada dibuat pelbagai jenis selain Kaswi Gula Merah. Ada kaswi pandan, kaswi labu dan kaswi jagung. Sedap kalau cara buatnya dan sukatan airnya betul. Kuih ni tak boleh keras sangat nanti tak berapa sedap. Orang kata kena lembut, bila goyang dia bergedik, tapi bila gigit rasa kenyal tu masih ada. Haa susah kan nak buat kuih ni

Yang Kekny buat ni Kaswi Pandan. Sedapnya dan lembutnya. Kekny ambil resepi dari blog Kak Ida. Pernah juga Kekny share resepi Kaswi Gula Merah di Kuih Kaswi Lembut Dan Sedap


Tips Kuih Kaswi menjadi, selain adunan dan sukatan yang betul, teknik nak kukus pun penting juga. Tips supaya kuih kaswi tak mendap tepungnya semasa kukus ialah kacau adunan kuih terlebih dahulu atas dapur sehingga likat. Barulah dimasukkan ke acuan dan dikukus. Bila tepung dah jadi likat ianya dah melekat bersama air. Jadi tepung dan air tak akan terpisah dan mendap. Jika mendap ni masalahnya bahagian atas kuih akan jadi berair dan lembik sementara bahagian bawah akan jadi keras sebab tepung berkumpul di situ.

Pastikan semasa kukus balut acuan dengan aluminium foil untuk elakkan air timpa ke atas kuih dan melembikkan kuih.

DSC04638ed

Review Pengukus Trio ( Trio Steamer)

Senang kukus kuih dan kek dengan Pengukus Trio ni. Kukusan jadi elok dan masak. Cuma kena sentiasa tengok level air dan tambah air jika kurang. Pengukus ni cepat panas, senang nak check level air kerana ada indicator paras air dan nak tambah air pun tak payah angkat penutup. Tuang sahaja air melalui lubang yang disediakan. 

DSC04622ed DSC04631ed


Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air pandan (kisar dengan 4-5 helai daun pandan dan tapis)
1 sudu teh garam
2/3 cawan gula putih
2 cawan air
1 sudu teh air kapur jernih (air atas sahaja bukan yang pekat)
1 sudu besar pandan emulco (pewarna dan perasa) jika nak lebih rasa pandan dan hijau warnanya
Kelapa parut secukupnya digaul sedikit garam


Cara penyediaan

Panaskan air dan gula putih. Masak sampai gula larut.

Dalam bekas lain, bancuh tepung gandum, tepung beras dan air pandan, masukkan daram dan air kapur sekali. Kacau rata dan janga berketul.

Masukkan bancuhan kedalam periuk air gula yang larut tadi. Kacau atas api perlahan sehingga adunan jadi berkrim dan likat tetapi, jangan sampai pekat sangat. Ini untuk elakkan masa kukus adunan tepung tak mendap ke bawah nanti bahagian atas jadi berair dan lembik jika tepung mendap.

Tuang adunan dalam bekas acuan, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit atau sehingga adunan masak dan tidak melekat.

Sejukkan baru potong dan gaul dengan kelapa parut bergaram

Post a Comment

3 Comments

  1. wah sedapnya! thanx for sharing..

    jemput ke blog saya juga www.tipsummi.com

    ReplyDelete
  2. Suka makan kuih kaswi nie..dulu makcik selalu buat..sendiri x pandai buat..tq bg resepi

    ReplyDelete
  3. Salam kekny..adunan kuih ni utk loyang size brapa yer?

    ReplyDelete