Asam Pedas Ikan Siakap Utara

August 04, 2018

Di utara juga ada resepi asam pedas juga tau tapi lain sedikit dari versi orang selatan. Di utara kebanyakan asam pedas kuahnya cair sedikit, rasa masam-masam dan sedikit manis. Ianya menyerupai tomyam atau kiengsom. Mungkin kerana pengaruh siam kerana sini dekat dengan Thailand. Apa pun rasanya sedap terutama jika kita layan dengan kuah banjir, taruh kicap sikit memang asyik je hirup kuah asam pedas tu. Kau orang pernah cuba ke? Kena cuba ya resepi ni dari Mak Kekny


Selalunya guna ikan pari, atau ikan kembung yang segar, tapi kali ni Kekny guna ikan siakap. Ikan siakap selain kukus dan masak 3 rasa, buat asam pedas dan kari pun sedap tau. 

Resepi Asam Pedas Kedah Ikan Kembung KLIK SINI

DSC03192ed
Untuk sayurnya selain bendi dan tomato, kau orang boleh pelbagaikan. Boleh masuk timun tua, nenas, ubi keledek, ubi keladi, terung dan apa sahaja  sayur yang sesuai. Ok jom tengok resepi mudah dan ringkas ni.


Resepi Asam Pedas Utara

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap dipotong 4
1 mangkuk air asam jawa
Air kosong secukupnya
3 biji tomato kecil dibelah dua
5 batang bendi
Serai diketuk
Daun kesum
2 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar - dikisar kasar sahaja jangan terlalu halus
10-15 tangkai cili kering - direndam air panas sehingga lembut dan buang biji
Sedikit halia
sedikit kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil rempah kari ikan
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan 
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar bersama serai yang diketuk sehingga wangi dan garing cilinya. Tumis lama sedikit sehingga cili benar-benar garing.

Masukkan air secukupnya berserta air asam dan ikan. Kuahnya tak berapa pekat macam asam pedas biasa. Cair sedikit. Masak sehingga medidih dan ikan masak. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan bendi, timun dan daun kesum. Masak seketika sehingga sayuran lembut baru tutup api.

You Might Also Like

8 comments

  1. Ala terliur nak Cari Asam pedas la...nak masak tak berapa pandai keke

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..boleh cuba buat la nanti..tq share resepi ��

    ReplyDelete
  3. tq for the resepi <3

    http://www.cikfira.com/

    ReplyDelete
  4. dah biasa makan asam pedas johor dari kecik. tapi sesekali apa salahnya cuba resepi asam pedas utara pula kan. nak rasa juga asam pedas belah utara ni camne rasanya.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. thanks share resepi, dah lama tak makan ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 706

    ReplyDelete
  6. First time dengar ikan siakap masak asam.pedas.boleh try nanti ni.tq kak share resipi

    ReplyDelete