Asam Pedas Kedah

1:13 pm

Selalu orang share resepi asam Pedas Melaka dan Johor. Tapi memang tak dinafikan asam pedas melaka memang sedap. First time saya dapat merasa masa hantar adik ke Uitm Jasin Melaka 2-3 bulan lepas. Memang sedap! Selalu tengok gambar je. Nak buat sendiri takut rasa nya tak sama. Dah tahu rasa macam mana boleh la cuba nanti.

Apa pun di Kedah pun ada Asam Pedas juga. Dan banyak pulak versinya. Rasanya pengaruh dari Thailand. Sebab bila pergi restoren Siam ada menu Khiengsom, memang rasanya sama macam asam pedas di Kedah. Asam pedas di Kedah tak ditumis, tetapi direbus je dengan cili, sedikit serbuk rempah kari ikan, jintan dan serai. Macam asam rebus.

Tapi yang mak saya buat ni lain sikit. Dia tumis macam asam pedas melaka, tapi kuah asam pedas cair cair sikit. Sedap sangat sampai licin seperiuk asam pedas... meeheehee

20141219_123548

Resepi Asam Pedas Kedah (resepi Mak) - resepi agak-agak ye. Kalau terpedas ke terpekat ke adjust balik dengan jumlah air hehehe

Bahan-bahan :
Ikan kembung atau sebarang jenis ikan
1 mangkuk air asam jawa
Air kosong secukupnya
Bendi atau timun secukupnya
Serai diketuk
Daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar - kisar sekejap je kasar-kasar. Mak saya pakai pengisar yg kering tu.
Cili kering - direndam air panas dulu
Sedikit halia
sedikit kunyit hidup
bawang putih
bawang merah

Cara - cara  :
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar bersama serai yang diketuk sehingga wangi dan garing cilinya.

Masukkan air secukupnya berserta air asam dan ikan. Masak sehingga medidih dan ikan masak.

Akhir sekali masukkan bendi, timun dan daun kesum. Masukkan garam secukupnya dan masak seketika sehingga sayur lembut baru lah ditutup api.

Kalau lauk asam pedas, makan dengan ikan tamban fresh goreng garing garing ni.... perghhh!

20141219_123717

You Might Also Like

58 comments

  1. Ya allah...lapar dah perut SA ni ha...kejamnya entry ni...huwaaaa...nak makan asam pedas jugakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ni hirup kuah di aduhh mcm dlm tekak taw amanda hihii

      Delete
    2. itu lah... mkn dgn nasi panas2 best ni

      Delete
  2. saya pun masak asam pedas macam tu jugak. tumis dan tambah tauge. hahahaa. asam pedas bertaugeh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh siap ada taugeh no Umi? ana biasa mkn yg camni je xdak taugeh hehe =D

      Delete
    2. tak pernah lg letak taugeh rasa pelikpulak kalau timun n bendi dah biasa..

      Delete
    3. wah... 1st time dengar letak taugeh... share resepi kat blog Umi... boleh try juga...

      Delete
    4. taugeh ? perghhh baru nih dengar boleh letak taugeh.. menarik nih

      Delete
  3. waaa.. nampak sedap tu.. su tak minat mkn asam pedas tp kalau ayah mertua nak mkn rajin la su masak.. hehe.. su suka masak utk org tp su tak mkn asam pedas tu.. kikikikiki..

    ReplyDelete
  4. Sedap tuh asam pedas.. lama tak masak.. nanti boleh laa masak bila tak de idea nak memasak..

    ReplyDelete
  5. Terliurnya,...rasa nak pegi pinjam alat Doraemon yang boleh rembat barang dari skrin jadi betul huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi kak farah sampai nak rembat alat doremon hehe

      Delete
    2. doraemon memang best.. hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. tu baru tengok gambar aje.. belum kat depan mata lagi.. seperiuk nasi tak cukup

      Delete
  7. owhh asam pedas xdak tumis no kak eny? tula slalunya ana pon tau asam pedas kaw asal kat Melaka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedah punya asam pedas dia main campak2 ja

      Delete
    2. johor ada juga asam pedas yang tak tumin dan kuah dia cair sikit. panggil asam rebus...
      sedap juga...

      Delete
    3. asam pedas mesti tumis.. tak tumis tu asam rebus

      Delete
  8. asam pedas yang sedap ditentukan dari kualiti tumisan cilinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain tempat lain cara asam pedasnya..

      Delete
    2. hurmm.. setuju.. tapi asasnya sama.. asam pedas mesti tumis garing cilinya.. kalau tak tumis dipanggil asam rebus aje

      Delete
  9. walapun asam pedas melaka dikatakan sangat sedap tapi asam pedas melaka juga terdapat banyak versi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang terkena asam pedas melaka tak sedap.. huhuhuhu

      Delete
  10. merata kini seluruh malaysia peniaga jual asam pedas melaka.. tak tahu mana satu betul-betul asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka dekat kedai ikan bakar malim

      Delete
  11. walapun kuahnya cair tapi yang penting rasanya

    ReplyDelete
  12. kalau kuah pekat tapi tumis tak cukup garing..asam pedas tak menjadi

    ReplyDelete
  13. terbaik yong asam pedas ni so kittt sgt..

    ReplyDelete
  14. saya dah lama tak makan ni... T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya seminggu 3 ke 4 kali makan asam pedas

      Delete
  15. Nak masak sendiri malas sbb sorg je mkn... suami tak mkn asam pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kat kedai ada jual.. beli ajelah

      Delete
  16. terliur sgt tengok gambar eny ni...
    balik ni nak g cari bahan2 nak masak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar memang buat semua orang terliur

      Delete
  17. Replies
    1. sayur bendi memang sedap.. yum yum yum

      Delete
  18. Ikan tamban memang pembuka selera.. kita jarang makan asam pedas tapi kita yakin mesti sedap asam pedas yang kat dalam gambar ni ^^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com