Triple Cheese Lasagna Guna Noodle Maker !

Bila dah ada Pensonic Noodle House noodle maker ni kau tahu lah macam-macam resepi kau nak cuba. Semalam ada kelapangan dan Kekny pun buat Triple Cheese Lasagna sebab Kekny pakai 3 jenis cheese iaitu mozarella, cheddar dan parmesan. Jadi lasagna ni dah tak perlu bechamel sauce (sos putih) tu dah ya. Letak 3 jenis cheese memang bertambah sedap sebab setiap jenis cheese tak sama rasa dan teksturnya. Lebih berkrim dan lazat lasagna tu nanti.

Baca review PENSONIC Noodle Maker DI SINI


Buat Sendiri Kepingan Lasagna Guna Noodle Maker


Kepingan lasagna tu Kekny buat sendiri guna PENSONIC NOODLE HOUSE - noodle maker. hanya guna tepung dan air dan boleh tambah telur jika suka. Kekny hanya guna tepung gandum berprotein tinggi dan air sahaja, tetapi rasanya lembut dan sedap macam lasagna biasa yang kita beli. Bila kita terus buat dari kepingan lasagna yang baru diadun, tak perlu dah nak rebus lasagna tu, terus je susun dalam acuan.



Sekarang harga pengenalan Pensonic Noodle House masih murah dan ada promosi FREE KITCHEN SCALE yang cantikkkk tau.. Cara nak dapatkan free item kena buat pembelian guna kod Kekny iaitu : Enya5PNM

Masukkan kod selepas masukkan item dalam cart.

Beli secara online di Pensonic E-store https://estore.pensonic.com/product/pensonic-noodle-house-pnm-01


Sedapnya! Semalam rasa macam buat tak cukup sahja. Nanti kena repeat!



Macam biasa videonya Kekny dah post di facebook.



Resepi Lasagna Beef Sauce

Bahan-bahan :
500gm daging cincang
2 batang carrot diparut
1 biji bawang besar dicincang
1 tin preggo bolognese sauce
4 sudu besar olive oil
1 sudu kecil chili powder
Garam dan lada sulah.

Cara penyediaan : 

Tumis bawang besar, masukkan daging dan brown sekejap. Kemudian masukkan carrot parut dan sos bolognese. Masukkan garam lada dan chili powder.

Tambah sikit air. Masak sekejap sehingga mendidih. Make sure kuah sedikit berair untuk kita lembutkan lasagna sheet semasa membakar.

Lapis setiap lapisan dengan lasagna sheet, beef sauce, cheese parmesan, cheedar dan mozarela yang diparut sehingga penuh mangkuk.

Bakar suhu 180 ke 200 sehingga masak. Semasa bakar pastikan bubbling ditepi mangkuk. Kalau tak nampak berbuih tu tandanya lasagna tu tak cukup air, nanti tak masak pula pasta, jadi boleh keluarkan sekejap dan sudukan air dibahagian tepi dalam 4 ke 5 sudu ikut size acuan kita guna lah.


Post a Comment

2 Comments

  1. Hai Kekny ! waduh waduhhh lasagna! meleleh air lior nengoknye hehe

    ReplyDelete