Pensonic Noodle House , Sedapnya dapat buat Mee Sendiri!

July 29, 2018

Akhirnya Kekny kau dah memiliki sebuah Noodle Maker! Yes impian nak buat mee homemade sendiri termakbul juga. Thanks Pensonic Malaysia sebab keluarkan Pensonic Noodle House yang super awesome ni! Jadi sebagai merasmikan Pensonic Noodle House ni, Kekny cuba masak Korean Beef Noodle. Resepi ringkas sahaja sebab nak cuba dulu kan. Nanti baru kita buat resepi yang hebat hebat.

Sekarang harga ada promosi noodle maker ni masih pada harga pengenalan dan FREE KITCHEN SCALE yang cantikkkk tau.. Cara nak dapatkan free item kena buat pembelian guna kod Kekny iaitu : Enya5PNM

Beli secara online di Pensonic E-store : https://estore.pensonic.com/product/pensonic-noodle-house-pnm-01 jangan lupa masukkan kod Kekny iaitu Enya5PNM untuk redeem free Kitchen Scale




Lengkap dengan aksesori. Sukatan tepung dan air juga hanya ikut sukatan cups yang diberi. Senang sahaja.


Masuk tepung, air dan telur jika perlu. Tekan sahaja button. Dalam masa minimum 3 minit akan keluar mee atau pasta.


Ada 13 disk berbeza mengikut jenis mee, pasta dan doh dan juga 1 acuan untuk dumpling atau karipap. Semuanya boleh disimpan dalam compartment dibawah noodle maker. Senang sangat.


Untuk resepi percubaan n Kekny cuma pakai tepung gandum biasa dan air sahaja. Memang jadi elok mee nya.


Ok tadi Kekny janji nak share resepi Korean Beef Noodle. Senang je resepinya. Kekny guna Pensonic Noodle House untuk buat mee sendiri. Sedap sebenarnya bila buat mee sendiri. Rasa mee nya kenyal dan lembut, sedap dan tak rasa kapur dan berminyak macam mee biasa. Makan sikit sahaja dah kenyang. Kalau mee biasa diletak banyak air dan kurang tepung, kita makan rasa tak puas dan kena makan banyak hahaha..


Untuk faktor kesihatan dan kebersihan ni, rasanya kita kena ada satu Pensonic Noodle House ni kat rumah. Korang hanya stok kan tepung sahaja, kalau beli mee simpan lama pun tak tahan kan. Tepung pula boleh guna tepung wholemeal atau berprotein tinggi kalau nak lebih berkhasiat. Makan nasi hari-hari pun bosan juga, dan kita disarankan pelbagaikan sumber karbohidrat kita dan tak terhad kepada nasi sahaja.

Hasil mee yang telah siap dimasak. Sedap tau sebab rasanya padat, lembut dan kenyal. Tak keras dan rasa segar je sebab tanpa bahan pengawet, garam dan minyak.



Beef Noodle Ala Korean Style

Bahan :
200gm daging batang pinang
1 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil fish sauce
Sedikit Taugeh
Daun bawang dipotong
1 sudu besar Gochujang (korean red chili paste)
Air secukupnya
Minyak sedikit

Cara penyediaan Boleh juga rujuk pada video diatas : 

Tumis bawang putih dan bawang besar, masukkan daging, kicap, fish sauce. Masak sehingga daging tu perang.

Masukkan air, tambah garam jika perlu. Didihkan dan rebus hingga daging empuk.

Masukkan mee semasa kuah tengah mendidih panas.

Masukkan daun bawang dan taugeh.

Hidangkan mee bersama korean red chili paste atau Gochujang.

Sekarang harga ada promosi noodle maker ni masih pada harga pengenalan dan FREE KITCHEN SCALE yang cantikkkk tau.. Cara nak dapatkan free item kena buat pembelian guna kod Kekny iaitu : Enya5PNM

Beli secara online di Pensonic E-store : https://estore.pensonic.com/product/pensonic-noodle-house-pnm-01 jangan lupa masukkan kod Kekny iaitu Enya5PNM untuk redeem free Kitchen Scale


You Might Also Like

1 comments

  1. menariknya kekney siap ada mcm2 acuan lg... sy dibesarkan dgn buat mee kuning.... rindu rasanya kat kilang mak ayah n kilang arwah atok....

    ReplyDelete