Ayam Goreng Tepung Rangup Guna Air Fryer

July 25, 2018

Sejak ada Air Fryer Pensonic ni Kekny memang jarang goreng makanan menggunakan minyak dah. Semua pakai Air Fryer je. Selain untuk faktor kesihatan, guna air fryer ni memudahkan kerja dan tak kotorkan dapur. Letak saja bahan nak goreng dalam air fryer, kemudian setkan suhu dan masa dan boleh tinggal untuk buat kerja lain. Mudah je kan? Mesti kau tertanya-tanya boleh kah air fryer ni digunakan untuk buat ayam goreng celup tepung rangup? Eh mestilah boleh!


Air fryer pun murah sekarang. Masa baru keluar dulu memang mahal dan tak mampu beli. Dan baru-baru ni Kekny berjaya juga buat ayam goreng bersalut tepung menggunakan Pensonic Air Fryer ni. Memang menjadi dan rasa seperti ayam bersalut tepung yang digoreng deep fried! Korang yang ada air fryer dah cuba ke belum? 

 

Ayam yang bersalut tepung tu susun dalam air fryer. Kekny guna cooking spray dan spray minyak keatas ayam. Jadi tu akan buatkan kulit tepung tu rangup. Sedikit pun dah cukup.

DSC04794ed

Hasilnya rangup! Yang putih tu bahagian yang tak kena cooking spray. Jadi bertepung nampak. Apa pun korang dapat jimatkan penggunaan minyak yang banyak dengan guna air fryer ni. Selain ayam goreng tepung ni, Kekny selalu je goreng ayam untuk nasi ayam seperti resepi di SINI , ikan, makanan segera seperti nugget dan tempura. Kuih muih frozen pun boleh je korang guna air fryer ni.

DSC04808ed


Dan Kekny ada share videonya di instagram KLIK SINI. Korang tengok ya. Boleh pakai sebarang jenis tepung sadur ayam segera atau korang guna tepung gandum dicampur sedikit rempah atau serbuk lada sulah pun boleh. Yang penting teknik dalam videp tu kenalah ikut ye.




Kelebihan Guna Air Fryer  

Mudah sebab tak perlu sediakan kuali dan minyak semasa goreng. Cuma masukkan dalam air fryer dan setkan masa dan suhu. Semetara tu kita tinggalkan sahaja dan bleh buat kerja lain.

Lebih selamat sebab tak perlu duduk depan kuali panas dengan minyak panas lagi

Bersih dapur dari percikan minyak dan bau gorengan minyak tak serap ke baju dan tirai serta sofa. Tak perlu dan buka penapis udara selalu.


Jadi kalau korang nak beli boleh beli sekarang sebab harga tengah murah sekarang.Gadget macam ni memang membantu didapur kita.

Kekny tanya kau jawab :

Resepi apa kau orang selalu masak guna air fryer? Boleh share link dibawah ya.

You Might Also Like

6 comments

  1. Ala.. kita tak de air fryer.. Kikiki.. Tapi memang bestlah makan ayam goreng salut camnie.. ratah je pun best.. Masak dengan air fryer lagi sihat, ye tak..

    ReplyDelete
  2. Air fryer ni masuk dalam wishlist. Dengar experience orang guna je la setakat ni

    ReplyDelete
  3. Tq share info ... Lepas ni nak menabung beli air fryer ...

    ReplyDelete
  4. kitaaaa tunggu air fryer kita sampai !! nanti kita nak cubaa gak macam Kekny =D

    ReplyDelete
  5. Kalau tak spray memang tak jadi ye?

    ReplyDelete