Nasi Minyak Daun Kari

Raya dah nak dekat ni mesti pakat cari idea nak masak apa lah selain ketupat dan rendang untuk hidangan kepada tetamu. Haaa korang kena cuba nasi minyak daun kari ni pula. Memang sedap dan harum betul nasi minyak ni. Aroma daun kari yang ditumis memang menggamit selera lah. Nasi ni pula bahanya sangat ringkas dan mudah sahaja diediakan. Korang kena cuba tau!


Kekny hidangkan nasi minyak daun kari ni dengan  lauk Daging Masak Hitam Utara KLIK SINI. Cukup sedap dan serasi. 

DSC05014ed


Resepi Nasi Minyak Daun Kari

Bahan-bahan : 
6 cawan beras
6 cawan air atau lebih ikut beras korang guna
1/2 ketul butter
Sedikit minyak masak
Daun kari secukupnya
Kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga
Kuib ayam
Garam

Bahan kisar :
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cara penyediaan :

Panaskan butter sehingga cair bersama sedikit minyak. Tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga wangi.

Masukkan beras yang telah dicuci. Kacau rata

Masukkan air dan masak sehingga hampir kering, barulah ditutup periuk. Biar nasi masak dalam api perlahan sehingga masak.


Boleh rujuk video di bawah ye!


Post a Comment

2 Comments

  1. Sy suka daun kari dengan ubi rebus. . Sedap. Salam syawal

    ReplyDelete
  2. sedap.. mohon copy resepi kat sini k :)

    ReplyDelete