Daging Masak Hitam Utara

June 12, 2018

Kalau kau penggemar Nasi Lemak Royale dari Kedah, mesti kau orang tahu apa itu Daging Masak Hitam Utara. Haaa dalam nasi kandar pun ada juga menu lauk ni tau. Daging Masak Hitam Berempah Utara ni adalah hidangan lauk yang cukup digemari dan mudah didapati di Utara sini. Kadangkala dihidangkan sebagai menu lauk kenduri, lauk nasi kandar, atau lauk sampingan nasi tomato, nasi minyak, nasi bukhary dan sebagainya. Rasanya yang manis manis pedas berempah ni memang sedap dengan lauk lain yang agak pedas. Barulah seimbang rasa nasi kita bila ada lauk rasa pelbagai kan. Tambahan pula menu ni, dagingnya yang direbus empuk dengan kicap tu memberi rasa hidangan ini unik dan lain dari masak kicap atau masak hitam biasa.  


Raya dah hampir tiba ni, apa kata kalau kau orang cuba menu ni untuk juadah di pagi raya atau untuk rumah terbuka. Hari tu Kekny masak dihidangkan dengan nasi minyak daun kari dan acar timun nenas. Adussss sedap betul. Nanti Kekny kongsi resepi Nasi Minyak Daun Kari tu ya.

DSC05027ed DSC05040ed

Videonya korang boleh tengok di Instagram Kekny.


Resepi Daging Masak Hitam Utara Bahan-bahan perapan daging, selepas perap, direbus hingga daging empuk bersama sedikit sahaja air sehingga daging empuk. 1kg daging - dipotong kepingan besar dan tebal. 1 cawan kicap manis  1 sudu besar lada hitam serbuk 1 batang kulit kayu manis Bahan rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji bunga lawang 3 biji bunga lawang 10 ulas bawang merah kisar 10 ulas bawang putih kisar 2 inci halia kisar Daun kari Bahan lain : 1/2 cili kering - dikisar 1/2 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 4 sudu besar minyak masak Cara Dalam periuk panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak. Masukkan daging yang direbus bersama kicap tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap tambahan dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
A post shared by Eny Yusnizar Abdullah (@enyabdullah83) on

Daging Masak Hitam Utara

Bahan daging, diperap dan kemudian direbus sehingga daging empuk : 

1kg daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk
1 batang kulit kayu manis

Bahan tumis :

1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 biji bunga lawang
10 ulas bawang merah kisar
10 ulas bawang putih kisar
2 inci halia kisar
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Daun kari

Bahan lain :
1/2 cili kering - dikisar
1/2 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu besar minyak masak

Cara

Dalam periuk panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan daging yang direbus bersama kicap tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap tambahan dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.

Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

You Might Also Like

0 comments