Tips Stok Barang Dapur Di Bulan Puasa

Cepat masa berlalu sekarang. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan bulan penuh barokah ini pada tahun ini. Hari ni dah hari ke 5 berpuasa. Ya ampun sebenarnya entry ni dah di taip dari sebelum bulan puasa. Kekny kau sibuk dengan hal kerja, hal rumah dan sebagainya last last lupa nak update dan post entry ni.

Pada Kekny untuk hari biasa atau hari bekerja kita berbuka secara ringkas sahaja. Cukuplah satu atau dua lauk yang lengkap dengan protein dan serat. Dan kena pastikan juga stok bahan masak sentiasa ada di dapur. Kalau nak masak yang special boleh masak pada hari minggu sebab tak adalah penat sangat.

Selain itu, bulan puasa ni selalunya pasaraya sangat ramai dan proses nak membeli jadi lambat. Jalan pun kadangkala sesak jadi kita banyak buang masa semasa nak membeli bahan masak je padahal nak masak tu cepat je dan tak lah rumit mana kalau hidangan ringkas tu. Sebab tu kita kena tahu cara buat stok bahan memasak di rumah. Memang kena ada stok atau bekalan makanan yang asas supaya senang nak masak jika keadaan mendesak. Apa pun yang penting kita tak perlu ke kedai atau pasaraya setiap hari jika kita bijak atur menu dan senaraikan bahan dan barang keperluan. Jimat masa dan jimat duit minyak kereta hehehe.

Suka guna produk Ayam Brand ni. Bahannya berkualiti tinggi, mahal tapi berbaloi dan terjamin kebersihan.

Tips stok barang dapur, tips ramadan, tips bulan puasa,

Stok Barang Dapur Ketika Bulan Puasa

Stok barang basah seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran perlu lah sekurang-kurangnya untuk 5 hari. Jadi kita boleh jimat masa pergi ke pasar setiap pagi. Hanya pergi pada waktu cuti hujung minggu sahaja. 

Stok lauk kering. Lauk kering ni maksudnya lauk dari bahan-bahan yang tahan lama contoh sardine, tuna, ikan kering, fucuk, suhun, ikan bilis, keropok, lobak masin, sayur jeruk, telur masin, papadom dan sebagainya.

Sekali sekala masak lauk ikan masin masak asam ni memang membuka selera terutama waktu sahur.

Tips stok barang dapur, tips ramadan, tips bulan puasa,

Stok bahan masakan seperti santan kotak, santan beku, kelapa parut boleh beli dan bekukan, bawang, cili kering, asam jawa, rempah ratus dan sebagainya

Stok bahan untuk kuih muih dan pencuci mulut. Ini juga penting semasa bulan puasa. Kalau boleh cuba buat kuih yang ringkas je sejenis. Sebab kalau beli di bazaar Ramadan kadangkala tak puas hati dari segi rasa dan kualiti serta tahap kebersihan. Antara bahan yang korang boleh stok kan ialah tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, gula merah, agar-agar, perasa pandan, susu sejat, susu pekat manis, tepung kastad, jagung dalam tin dan sebagainya.

Tips stok barang dapur, tips ramadan, tips bulan puasa,

Stok minuman. Minuman juga penting sebab bulan puasa je kita berbuka minum air mesti rasa manis sedikit kan. Jadi boleh sediakan sirap, cordial atau jus, laici dalam tin, longan, cincau, minuman dari kotak seperti teh bunga dan air soya.

Ok harap korang dah dapat idea macam mana dan barang apa yang perlu dibuat stok sepanjang bulan Ramadhan ni. 

Post a Comment

1 Comments