Ayam Goreng Lengkuas Rangup!

Resepi Ayam Goreng Lengkuas ni berasal dari Indonesia. Ayamnya seperti ayam penyet, digoreng garing dengan bumbu atau rempah yang telah diperap dan direbus bersama ayam. Kalau korang suka ayam goreng jenis berempah yang garing tu boleh cuba resepi ni. Rasanya ayamnya cukup rasa sebab kita rebus dulu ayam tu dengan bahan empah dan kemudian ayam yang direbus tadi akan digoreng supaya lebih rangup. Rasanya macam ayam untuk Nasi Ayam Penyet malah lebih sedap!


Sebab itu Kekny hidangkannya seperti Nasi Ayam Penyet, siap  dengan nasi putih, ulam, sambal penyet dan sup. Sedap ayam goreng lengkuas ni. Rangup dia terasa dan kelembutan ayam berjus pula dibahagian dalam. 

DSC04047ed

Resepi Ayam Goreng Lengkuas

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong 12
1 ketul besar lengkuas diparut guna pemarut
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 ketul halia juga diparut
Garam sucukupnya

Bahan kisar
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup atau boleh pakai serbuk kunyit

Cara penyediaan : 

Gaul ayam bersama lengkuas dan halia parut dan juga bahan kisar. Perap sekejap selama 1 jam

Masukkan ayam bersama bahan perapan dalam periuk. Masukkan air setakat menutupi paras ayam sahaja. Rebus sehingga ayam empuk. Bila ayam empuk, toskan ayam, bumbu yang tinggal juga jangan dibuang boleh digoreng bersama ayam.

Panaskan minyak banyak dan goreng ayam tadi sehingga garing dan rangup. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi.

Post a Comment

2 Comments

  1. nak try la eny...nampak org jual di bazaar KG tertanya2 juga mcmna nak goreng mcm tu

    ReplyDelete
  2. hai kekny ! lamanya rasa ana tak mai singgah ziarah kekny!
    hadui meleleh ayaq lioq mai sini nampak ayam kekny ~

    selamat berpuasa kekny :)

    ReplyDelete