Resepi Bunga Buttercream

April 24, 2018

Cantik kan tengok kek kahwin yang terletak di meja potong kek pengantin. Kadang kala sayang nak potongnya. Itulah ramai yang bertanya, macam mana nak buat bunga tu semua dan apa bahan yang sesuai digunakan. Sebenarnya bunga buttercream atau yang panggil Korean Flower Buttercream ni senang sahaja nak membuatnya. Korang boleh rujuk tutorial dari Youtube tentang teknik piping bunga hiasan. Tapi asas nak sediakan krimnya sama sahaja. Resepi bunga buttercream ni senang je.


DSC01923ed

Nampak susah kan tapi jika dah praktis selalu Insyallah tangan akan terbiasa dan lembut je nak bentukkan bunga tu. 

DSC01953ed

Bunga-bunga ni rasanya manis sahaja. Jadi janganlah makan bunga tu sebab ianya sebagai hiasa sahaja. Termakan sikit-sikit tu tak apa lah hahaha..

DSC01988ed

DSC01962ed

DSC01976ed  

Resepi Korean Flower Buttercream

Bahan-bahan
150gm Shortening
200gm gula icing diayak
Perasa strawberry ata lemon jernih tanpa warna

Cara penyediaan 
Putar semua bahan diatas sampai sebati tapi jangan sampai kembang nanti lembik dan susah nak jadi bentuk kelopak.

Campur warna dan kacau rata.  Seeloknya warna dicampur sehari sebelum bagi warna jenis terang. Kalau warna pastel ok je campur semasa nak menghias.

Bentukkan bunga dan simpan bunga sekejap dalam peti ais selama 30 minit ke 1 jam. Baru senang dipegang dan disusun diatas kek.

Buttercream ini untuk hiasan bunga sahaja ya. Macam kek hiasan biasanya orang tak makan pun bunga tu. Rasa dia rasa shortening agak berlemak dan berminyak. Jangan lah korang lepa atas kek atau buat layer filing dalam kek pula sebab tak sesuai. Yang untuk filing layer dalam kek kekny guna cream cheese atau vanilla buttercream yang guna pure butter.

Untuk yang nak buat tempahan kek pelbagai design sekitar Kedah, terutama dikawasan Alor Setar Jitra 

Instagram  : https://www.instagram.com/cakeeny/
Facebook  : https://business.facebook.com/cakeeny/
Whatsapp sahaja  : 0125360877

You Might Also Like

1 comments

  1. Nak tunggu tangan berseni bila tak tau. Oder dengan kekny jewlah

    ReplyDelete