Cara Mudah Buat Daging Burger Sendiri

April 17, 2018

Mesti semua sukakan burger kan. Rata-rata orang kita suka makan burger sebagai dinner atau snack di waktu malam. Tapi korang tahu tak kebanyakan daging burger yang ijual di gerai atau kedai bukanlah 100 peratus daging asli. Dan jangan tergejut peratusan kandungan daging didalamnya tak sampai 40 peratus pun! Tak sampai separuh pun! Ini kerana ianya dicampur lemak lemak daging dan digaul dengan serat dari hampas kacang soya dan diletakkan perasa daging supaya rasanya seperti daging. Kekny bukan bercakap tentang semua jenama daging burger tetapi kebanyakannya begitulah. Tapi ada juga jenis premium  dan harga dia juga agak mahal. Tapi berbaloi sebab kita dapat makan daging asli dan tak banyak perasa digunakan. Tetapi tahu tak lebih sihat jika kita sediakan sendiri daging burger atau ada yang panggil beef patty ni di rumah. Homemade beef patty lah kiranya. Bila buat sendiri dah tentu terjamin halalnya, dan perasa tiruan dan pengawet juga dapat dikurangkan. Nak tahu tak cara mudah buat daging burger sendiri? 


Puas makan burger buatan sendiri ni sebab kita boleh rasa kelembutan daging yang masih berjus tu. Nak buat tebal mana kepingan daging tu pun terserah kepada kita. Kalau nak buat bentuk 4 segi supaya senang dihidangkan atas roti potong pun boleh je.

P8174671ed

Ini yang Kekny buat sendiri di rumah. Korang boleh goreng atau bakar patty ni didalam oven. Boleh sediakan banyak-banyak dan bekukan. Nak guna ambil je. Pastikan guna daging cincang yang bermutu yang kurang lemaknya.

P8174731br

Tengah lap air liur ke tu? hehehe jom tengok resepi mudah dibawah.

P8174706ed

Resepi Daging Burger

Bahan-bahan 
500 gm daging cincang tanpa lemak
1 cawan serbuk roti. Roti putih biasa dibakar garing dan kemudian dikisar halus.
1/2 cawan susu sejat
3 biji telur
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar garam
1 sudu besar sos tiram
5 ulas bawang putih dikisar
1 ulas bawang besar dikisar
Daun parsley kering

Cara penyediaan 

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Jika terlalu berair boleh tambah serbuk roti. Jika terlalu kering boleh tambah susu. Agak boleh dibentuk tu cukup lah.

Lepas dibentuk boleh terus bekukan atau digoreng.

Cara Goreng Daging Burger

Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper atau non stick. Susun daging dan balik kan selepas beberapa minit. Goreng selama 20 ke 30 minit.

Jika nak cepat masak, angkat kepingan daging burger yang digoreng seketika dalam 5 minit  setiap sebelahnya, dan kemudian susun atas tray dan bakar selama 10 ke 15 minit pada suhu 200C atau sehingga masak.

You Might Also Like

0 comments