Alang Kenari Chalet, Titi Hayun Kedah

Kekny memang jarang ke tempat-tempat macam ni. Yelah orang tak ada anak kan, takkan lah nak pergi dengan DH pulak kan. Tapi hari tu perancangan last minute sebab adik Kekny yang lelaki tengah bercuti. Dah bosan duduk kat rumah lama. Jadi kami ke Alang Kenari Chalet, Titi Hayun Kedah ni saja nak relax je. Budak-budak lelaki biasalah suka berendam. Kekny dan Maktok jadi penjaga barang je lah hahahah. Tak kuasa aku nak rendam sama tak pasal kang kena tangkap dek Jabatan Perhilitan kes badak air terlepas masuk kolam gitu! 

Sangat impressive juga dengan chalet sini. Walau hanya baru beroperasi tapi nampak bersih, teratur, kemas dan yang penting kolam tu air nampak sangat bersih. Kekny rasa diorang menggunakan air dari air terjun berdekatan. Kawasan sini memang banyak air terjun dan merupakan kawasan rekreasi air terjun popular di Kedah.

Alang kenari chalet review, chalet alang kenari, chalet yan kedah, chalet sungai petani, titi hayun, batu hampar,  air terjun seri perigi, Alang kenari, mandi kolam alang kenari

Kolam untuk kanak-kanak dan kolam dewasa diasingkan.
DSC00816ed

Kawasan kolam dewasa memang dalam dan sesuai lah bagi yang suka berenang tu nak lepaskan gian.

DSC00817ed

Dalam ni ada pakej sewaan bilik, chalet, BBQ, dan kalau nak mandi dikolam sahaja pun boleh. Lengkap dengan kemudahan tandas, bilik persalinan, surau, dan ada tempat jual makanan dan minuman ringan.

DSC00814ed

Alang Kenari Chalet terletak ni Kampung Setol, 06900 Yan, Kedah, Jalan kearah nak ke Air Terjun Seri Perigi. Boleh google mesti jumpa. Untuk contact boleh hubungi phone: 019-454 9250.

>> Jom memancing di LUMUT! << KLIK SINI

Post a Comment

7 Comments

  1. Wah seronoknya....kalau sumber air dari air terjun memang best...

    ReplyDelete
  2. waaaaa bestnyaaa nampakk :D
    follow sini #694

    ReplyDelete
  3. Besarnye kolam dia. Lama x pi kedah. Leh jadikan chalet ni sebagai salah satu option..seandainya ada rezeki utk mai pi sana. Hehehe..Menarik

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing kak eny

    ReplyDelete
  5. sure sejuk airnya bila amik dari sumber air terjun. gigilll

    ReplyDelete
  6. Cntik tmptnye..ritu lalu tinjau2 xnmpk rupe dlm

    Eh.kekny dok dkt2 situ ke?

    ReplyDelete