Coral Fishing Resort, Marina Island, Lumut Perak

11:53 am

Ini gambar lama sebenarnya. Resort ini terletak di Marina Island Lumut. Marina Island ni adalah pulau buatan manusia, ianya lebih kepada bandar kediaman berkonsepkan maritim. Kepada yang gemar aktiviti memancing, berlayar dan ada bot persendirian boleh lah kot beli rumah di Marina Island ni. Masa saya dan Husband sampai, kami agak terkejut sebenarnya ada rumah kediaman yang dibina pemaju disini. Selain itu, disini juga terdapat pelabuhan untuk feri ke Pulau Pangkor dan juga pelabuhan untuk bot dan kapal persendirian rasanya. Selain tu ada beberapa hotel yang tengah dibina berhampiran Pelabuhan.

Kami menginap di Coral Fishing Resort. Lokasi di hujung sekali Marina Island dan kena melalui jalan tak ber tar. Jalan agak bumpy jugak lah. Mula-mula datang ingtakan salah jalan, tetapi GPS memang suruh ikut jalan tu, jadi kami ikut lah sampai penghujung jumpa gate Resort. Tujuan utama datnag selain bercuti dan honeymoon , nak cuba memancing disini. Coral Fishing Resort menyediakan resort ala chalet yang mengadap ke laut. Ada deck atau pelantar untuk pemancing dibina.

Kos menginap disini sangat lah murah semasa kami booked di Agoda, cuma RM 148 per night including breakfast. Boleh check current rate sekarang di Agoda.

Review: Bilik kami tempah adalah family suite, ada 2 bilik didalam beserta kitchenette ringkas dan satu bilik air. Boleh menempat 4 orang tetapi bilik air kena kongsi which is tak berapa nak private sikit. Yang paling penting bila kita check in hotel ni ialah bilik air, Tahap kebersihan bilik air  di resort ni bersih tetapi below my expectation. :D. Breakfast pula tak ada buffet spread, cuma kena order pilihan adalah mee goreng, kueyteow goreng dan bihun goreng, mula-mula nak gelak juga bila diorang tanya nak order apa, then pilihan restrict tu benda tu sahaja. Ada sosej dan soft boiled eggs and some pudding. Ok lah kan, dengan harga yang murah.

Ok here some photos di Resort.

  DSC_1310

Fishing deck yang dibina agak kukuh, tetapi kalau handrail tu ada di kedua belah kan lebih selamat especially for kids. Jambatan tu pulak sila jangan pakai heels kalau nak berjalan diatas tu (I am talking from experience of course :p)
DSC_1325

Sebelah sana adalah Telok Batik
DSC_1311

Breakfast.
DSC_1329

Simple dan tak banyak pilihan, tetapi sedap!!
DSC_1330

Ni bukan untuk dimakan, tetapi untuk umpan memancing. Boleh beli di sekitar bandar lumut.
DSC_1316

Dinner di Restoren Teluk Muruh. Murah sangat kedai ni. Untuk semua ni cuma RM49 untuk 2 orang. Ikan tu pancing kat restoren tu jugak. Bukan yang kami pancing. Hehehehe..
DSC_1319

So ikan apa yang kitaorang dapat ye....... hehehe... maybe wrong timing masa tu.

DSC_1340

You Might Also Like

32 comments

  1. salam singgah...

    terima kasih sebab follow blog saya. saya dah follow anda semula.

    ReplyDelete
  2. wahhh kami hat duk lumut pun tak dapat pergi la hahha tak taw pun:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu kena pergi tuuuu.. hehehehe

      Delete
  3. bes gak ni untuk kaki pancing. sempoi gak la brekfes dia wlupon limit takat yg tu je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar macam best.. kena pergi sendiri dan alami sendiri

      Delete
  4. alaaaa comelnya ikan tu, bolat2..
    ahaaaa, ikan pancing kat restoren.. :D
    Shad dah lama tak g holiday area2 Perak. last pergi ala la kot 5 tahun lepas, pulau pangkor..
    teringin nak g tambun.. hehe.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon x kesampaian lg nk ke Tambun sobss sobss

      Delete
    2. saya tak pernah sampai ke tambun.. huhuhuhu

      Delete
  5. kalau lah berkesempatan ke lumut, wajib p ni. tp entahkan bila la nak sampai. heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. entah bila le nak sampai kesana

      Delete
  6. penah ke best western di marina island... tak tau ada resort lain lepas jalan tar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan tak tar orang tak berani masuk

      Delete
  7. bestnya boleh pancing kat sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. resort kalau boleh mancing adalah satu nilai tambah untuk kaki pancing

      Delete
  8. ok. next time boleh try restoren teluk muruh...
    penah mkn kat restoran ikan bakar belakang marina cove resort tu... mahal dan tak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal dan tak sedap memang menyakitkan hati

      Delete
  9. Replies
    1. kalo fotografer terer mcm kak eny ni, mana2 tmpt jd cantik dia tgkap ehee

      Delete
    2. Eny memang photographer yang pro

      Delete
  10. ikan buntal tu masak lemak cili api sedap tu.. hahahaha

    ReplyDelete
  11. atau hantar ikan tu ke restoran jepun.. ada harga tu.. hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran cina pon ok gak hehe

      Delete
    2. restoran cina saya tak berani masuk.. hehehe

      Delete
  12. Cam menarik nih, dah ler BigBoss memang Duke memancing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat menarik.. pergilah berkunjung

      Delete
  13. Comelnya ikan tu! Boleh dijadikan keychain kan kak *Kejam tak? Haha*
    Ramai orang dah suruh kita pergi bercuti kat sini.. tapi terpaksa tolak atas masalah kesihatan :D

    ReplyDelete
  14. mcm best tmpt ni..sy nk tye kt situ ade sewa alat memancing ke..or kne bwak sndri pnye

    ReplyDelete
  15. mcm best tmpt ni..sy nk tye kt situ ade sewa alat memancing ke..or kne bwak sndri pnye

    ReplyDelete
  16. bukan ikan tembakul tu ye ;p

    #cabarantopcommentator

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com