Masak Lemak Telur Cara Orang Utara

January 30, 2018

Kalau masak lemak telur itik ni memang sangat terkenal di negeri sembilan. Yang Kekny tahu masak lemak telur itik orang negeri sembilan diletakkan daun asam gelugur yang dimayang halus sebegai penambah rasa. Lain pula versi masak lemak telur di utara ni. Dari kecil mak Kekny memang masak satu jenis tu je masak lemak telur, yang ada suhun, fucuk dan rasanya sangat lah sedap! Boleh je nak pakai telur itik atau telur ayam. Tapi berbeza cara orang utara sini buat. Kami buat macam lemak biasa, cilinya tak ditumbuk hanya dibelah dan ditambah suhun, fucuk, kentang dan sebagainya. 


Boleh je nak guna telur itik tu telur ayam. Ini kebetulan ada telur itik bawa dari kampung. Tapi Kekny lebih suka telur ayam sebab telur ayam dia hancur hancur sikit tu buat masak lemak telur lebih sedap. Ikut juga citarasa orang lain, ada prefer masak lemak telur telur nak sebiji elok tak boleh pecah langsung hahaha..


P1018788ed

Resepi Masak Lemak Telur Bersuhun

Bahan-bahan
5 biji telur itik atau telur ayam
1paket suun - direndam sehingga lembut. Toskan airnya
4-5 keping fucuk, direndam lembut dan dipotong pendek
2 cawan santan sederhana pekat
1 batang serai - diketuk
Cili padi secukupnya
2 helai daun kunyit disimpul
1-2 ulas  bawang besar - dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya.


Cara penyediaan
Dalam kuali masuk bawang, serai, serbuk kunyit dan santan. Tambah air ikut kepekatan santan. Ikut lah nak kuah pekat ke atau cair. Buka api perlahan dan tunggu sehingga mendidih tetapi jangan sampai santan pecah.

Apabila mendidih masukkan suun dan fucuk. Biar lembut keduanya. Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji dan masak sampai telur keras, tutup api.

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya kekny. Lagi sedap dapat makan mak masak

    ReplyDelete