Cucur Sayur Rangupnya!

January 27, 2018

Jemput jemput atau cekodok ni memang sedap kalau makan waktu petang kan. Kalau di utara sini, kami panggil cucuq dan bukan sahaja terhad untuk minum petang, waktu pagi pun dihidangkan cucuq ni. Ini yang Kekny buat beberapa minggu lepas baru sempat nak update kat blog resepinya. Cucuq Sayoq atau Cucur Sayur, macam jemput jemput atau cekodok bawang juga cuma ditambah sayur dalam tu. Boleh je pakai sayur apa pun tapi selalunya kita letak taugeh, kacang panjang, kobis atau carrot. Tapi paling sedap diletakkan sengkuang yang diracik halus. Haa korang kena cuba cucur sayur ni  terutama seka jika anak-anak kat rumah tak berapa gemar makan sayur tapi suka makaknan bergoreng macam ni. Nak buat pun senang sangat dan boleh dihidangkan dengan cili sos atau mayonis. Ok jom tengok resepi mudah ni.


Tips Cucur Rangup Diluar Dan Lembut Didalam

Ramai yang tanya Kekny bagaimana nak hasilkan cucur atau cekodok yang lembut walaupun sudah sudah sejuk, cucur masih lembut dan sedap. Adakalanya kita goreng cucur rangup tapi menjadi keras bila sejuk. 

Tipsnya mudah saja, jika nak cucur garing di luar, cuma tambah beberapa sudu tepung beras dalam adunan. Dan jika nak adunan tu lembut je apabila kita gigit, kita hanya peram sekejap adunan yang kita bancuh tu selama sejam atau lebih. Tambahkan gula juga dalam adunan. Rasanya akan lebih sedap dan kadangkala Kekny buat sedikit pedas manis masin, bila makan tu dah tak perlu cicah sos bagai.

P1018993ed

Resepi Cucur Sayur

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kobis cincang
1 cawan lobak merah diparut
1 cawan taugeh
1 ikat daun kucai
3 pokok daun bawang
1 biji bawang besar dicincang kasar
1/2 cawan ikan bilis
3 ke 4 sudu besar gula
2 sudu teh garam

Cara Penyediaan : 

Campur semua bahan. Masuk air sedikit demi sedikit sehingga teksture pekat macam adunan cekodok. Kacau rata. Biarkan perap selama sejam sebelum digoreng.

You Might Also Like

2 comments

  1. owh letak tepung beras yer?
    terbaik tips

    ReplyDelete
  2. sedap ni buat minum petang or breakfast =D

    ReplyDelete