Ikan Kicap Halia Chinese Style

December 12, 2017

Lauk apa yang mudah disediakan, paling sedap dan simple? Mestilah masak kicap. Tapi masak kicap ni ada banyak resepi dan caranya. Ada yang diletakkan rempah ratus, bersama bawang kisar, ada diletakkan cili kisar dan ada juga diletakkan kicap semata-semata. Masing-masing ada resepi tersendiri. Ini semua terpulang kepada orang yang masak. Yang penting ianya sedap dan menambat hati keluarga. Terutama anak-anak yang paling gemarkan resepi masak kicap ni. 

Resepi Ikan kicap Halia Chinese Style ni Kekny pernah makan kat satu restoren chinese yang halal. Memang sedap rasanya dan bahan pun tak banyak. Jika suka taucu boleh tambah taucu sikit. Kekny paling suka keharuman minyak bijan dalam ni. Rasa dia pun light saja tak terlalu berminyak, berat dan berempah macam sesetengah masak kicap. Ok jom tengok resepi mudah ni.


Makan lauk ni je dan sayur taugeh goreng. Sedap sangat. Nanti korang kena cuba ye.


Ikan Kicap Halia Chinese Style

Bahan-bahan
4 Keping isi Ikan jenahak atau merah, nak guna nyok nyok atau tenggiri pun boleh. digoreng seperti biasa
4 ke 5 sudu besar kicap pekat lemak manis (atau lebih ikut jenis kicap ya ada masin ada manis, ikut rasa macam mana kita nak ya)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu kecil minyak bijan
Halia dihiris nipis
Bawang putih didhiris nipis
Bawang besar dihiris nipis
Daun bawang dipotong
Bawang besar dibelah
Sedikit minyak untuk tumis

Cara Penyediaan
Panaskan minyak, tumis bahan yabg dihiris hingga layu.

Masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan dan tambah sedikit air. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan kepingan isi ikan yang digoreng, bawang besar dan akhir sekali tabur daun bawang. Siap.

Korang boleh juga tengok video di Instagram Kekny seperti dibawah ya..

You Might Also Like

3 comments

  1. sedap walaupun simple. Mau bertambah nasi ni... Boleh cuba resepi ni nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa.. resepi pun ringkas dan mudah. Terima kasih

    ReplyDelete