Ubi Kayu Rebus Sambal Tumis Ikan Bilis

November 02, 2017

Satu hidangan yang klasik. Orang dulu dulu selalu hidangkan semasa sarapan pagi, sebelum keluar pergi ladang. Kalau dulu memang mudah nak dapatkan ubi kayu dan orang kata memang tak ada harga ubi kayu ni. Tapi sekarang ubi kayu ni memang susah nak cari dan agak mahal jugaklah. Ini yang mak mentua Kekny bagi masa balik kampung. Dapat lah merasa. Dah lama teringin nak merasa kesedapan  ubi kayu yang dicicah sambal tumis. 


Ubinya tu rebus je dengan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak ubi. Kat sini Kekny share resepi sambal ikan bilis yang amat mudah dan simple. Nak sambal tumis sedap ni memang sambalnya tu kena ditumis dan dimasak lama-lama sehingga cili tu betul garing, keluar minyak dan merah dia jadi pekat. Ada resepinya Kekny share di SINI

P1018426ed


Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis yang di buang kepala dan perut dan dibelah dua
1/2 cawan cili kering rebus yang dikisar
2 ulas bawang besar dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
5 ulas bawang merah dihiris nipis
1-2 sudu besar gula
1 sudu kecil pes asam jawa dibancuh dengan sedikit air
Sedikit kiub pati ikan bilis (jika suka)

Cara penyediaan

panaskan minyak dan goreng ikan bilis separuh masak. Hingga lembut tetapi tak garing. Isinya masih lembut. Angkat dan ketepikan.

Dalam minyak gorengan tadi, tumis bawang merah yang dihiris. Kemudian masukkan cili kisar dan semua bahan kisar. Tumis sehingga cili garing dan pecah minyak.

Masukkan ikan bilis, ais asam jawa, gula, kiub ikan bilis, garam secukup rasa dan masak lama kuah cili sehingga merahnya pekat. Ikan bilis juga akan menjadi lembut dan lebih sedap


You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya makan lagi-lagi musim hujan ne.

    ReplyDelete
  2. Wahhh...leya pun dah lama tak makan ubi rebus cicah sambal tumis ni.. Emm...resepi sama je mak mertua leya ajar sebab mak mertua org melaka..

    ReplyDelete
  3. alamak.. ngences dah ni aduhh

    ReplyDelete