Sambal Tumis Ikan Bilis Lesung Batu

/
32 Comments
12:59 pm
Nama tak blah blah betul... heheheh

Sambal ikan bilis mesti semua orang tahu buat kan. Ada yang jenis kuah sambal dan ikan bilis goreng diasingkan. Selalunya dimakan bersama nasi lemak. Ada pula yang sambalnya dibuat pekat, berminyak dan kering kemudian digaul ikan bilis yang digoreng garing bersama-sama sambal tu. Ada juga yang jenis sambal dan ikan bilis dimasak bersama, tapi jenis ni kadangkala ikan bilis akan jadi liat dan keras.
Resepi sambal ikan bilis yang saya tunjuk kan nanti yang versi yg masak sekali sambal dan ikan bilis nya tetapi ikan bilis nya masih lembut dan sedap dimakan. Ikan bilis tu juga tak akan kembang sangat dalam kuah tu.

DSC04312ed

Yang penting ikan bilis tu kenalah dikopek buang perut dan kepalanya dulu. Baru lah nampak cantik, dan rasanya sedap dan tak pahit. Kalau beli ikan bilis yang dah dibelah dua pun boleh je, tapi ada yang isi perutnya tak dibuang sepenuhnya. Pun kena kopek keluar jugak lah hehehe..

Tips nak dapatkan sambal yang sedap pula, mula-mula cili kering tu di potong pendek pendek dan keluarkan biji-biji nya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan lembut. Tapis cili rebus tu sambil tekan tekan dengan senduk supaya bijinya keluar lagi. Lepas tu bolehla kisar. Kalau tumbuk pakai lesung batu mesti sedap lagi. Tapi kalau malas tumbuk boleh kisar dengan pengisar jenis kering tu. Hasilnya macam cili tumbuk juga. Tak terlalu berair sangat. Dan bila tumis, sambal tu tak meletup letup sangat. Kalau kisar cili pakai blender biasa tu cili selalu meletup sampai pijar tangan (T___T).

Masa nak tumis pulak, tumis cili dan bawang je dulu, jangan masukkan air lagi. Tumis lama-lama cili tu sehingga betul-betul kering dan garing, dan naik minyak, dan kemudian baru lah boleh ditambah air kalau nak kuah sambal tumis tu cair sikit.

Sambal tumis ikan bilis ni ikan bilisnya lembut je kalau dimasak lama dan sesuai dimakan bersama roti dan nasi panas. 


DSC04325


Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Lesung Batu

400gm Ikan bilis – di buang kepala, perut dan dibelah dua
1 ½ senduk cili kering yang dikisar
½ cawan air asam jawa
1-2 inci belacan bakar - saya tak masuk belacan sebab tak suka :D
1 ulas bawang besar dipotong tebal – saya pakai bawang kuning
Air secukupnya

Bahan dikisar sekali
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan dikisar campur bersama cili kering kisar.
Sambal ikan bilis 

Ikan bilis dibersihkan dan rendam beberapa minit.
Sambal ikan bilis

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis seketika sehingga ikan bilis tu lembut sahaja. Jangan goreng sampai ikan bilis jadi garing pulak.
Sambal ikan bilis 

Tumbuk ikan bilis yang digoreng sehingga pecah pecah sahaja tetapi jangan hancur.

Sambal ikan bilis 

Panaskan semula minyak goreng ikan bilis tadi dan tumis cili dan bahan kisar. Tumis lama-lama sehingga garing dan cilinya naik minyak.

Sambal ikan bilis 

Masukkan air asam jawa, tambah sedikit air dan masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tujuan masukkan air sebab nak lembutkan ikan bilis tu.
Sambal ikan bilis 

Masukkan juga bawang besar.
Sambal ikan bilis 

Masak lama sehingga kuah kering dan pekat dan ikan bilis dan bawang menjadi lembut.
Siap!
Sambal ikan bilis


You may also like

32 comments:

anajingga said...

kak ana selalunya Eny, cili memang blend tapi bahan tumisan kak ana tumbuk dengan lesung batu gak.. gambaq hang memang menyelerakan sungguh time2 hujan ni aii :)

azman Arsad said...

wah sedapnya. saya memang peminat makanan pedas

azman Arsad said...

gambar tu memang sangat menyelerakan

Qaseh Abadi said...

Rajin tumbuk nah.. saya blend ja semua.. (nak senang ja keja).. haha

azman Arsad said...

cili yang ditumbuk dikatakan lebih sedap hasilnya

Hanis Amanina said...

sy la tu dah goreng ikan bilis kasi garing, end up liat jugak :D nanti saya try cara ni pulak

hanisamanina.com

Hanis Amanina said...

suka, tapi confirm leleh air mata T_T

Hanis Amanina said...

oh ye, sis selalu tak campur kentang dalam sambal ikan bilis?

azman Arsad said...

itu yang membuka selera.. yum yum yum

azman Arsad said...

ada orang suka liat.. sedap dikunyah.. hehehe

azman Arsad said...

campur kentang pun sedap juga

nor nazliana said...

rajin eny kan tp cili tumbuk terbaik

nor nazliana said...

wahh boleh buat menitis air mata ni azman n hanis

nor nazliana said...

sedap lg yg goreng hihii biar ranggup

nor nazliana said...

letak ketang pun ok juga kan..gebu ja kentang dlm sambal

nor nazliana said...

aduhhh buat nak mkn ja hihiii

nor nazliana said...

kena pulak nasi lemak pagi2 ni pun sodap la..

nor nazliana said...

cicah dgn roti pun best ni hujan2 mcm niapa nk kata

azman Arsad said...

lepas nih boleh cuba pakai batu giling pulak

azman Arsad said...

menitis air mata dan air liur sekali.. hehehe

azman Arsad said...

ranggup dan liat.. dua-dua pun saya suka

azman Arsad said...

kentang menyeimbangkan rasa masin dan berminyak dalam sambal tu

azman Arsad said...

bukak blog nih.. memang confirm ingat makan

azman Arsad said...

wah nasi lemak.. memang kena betul dengan sambal nih..

azman Arsad said...

perghh cicah roti pun sedap.. kena pulak dengan kopi o kaw... perghhh memang sedap

Amanda Suria said...

Terus teringat sambal ikan bilis my mum...

Deanna Morni said...

sy suka letak belacan...pergghh.....leh makan 2@3 pinggan tnpa sedar kalau jupa sambal cenggini...hihihihihi

azman Arsad said...

masakan ibu memang sentiasa terbaik

azman Arsad said...

kalau sedap memang seperiuk nasi habis tak sedar

anamizu said...

fuhhh cicah cucuq bawang pon sempoi nih hehe

Queen Contest said...

Haa ni lagi satu prosedur yang sama macam ikan kembung nak buat laksa tu.. kalau fokus kat ikan bilis memang ambik masa yang lama jugak.. walaupun ada yang jual dah belah tapi mesti ada jugak sesi menyiang.. kena buang isi, tulang, dan kepala dia..

Queen Contest said...

Baidewei bila dah jadi sambal memang sedap ^^