Sepinggan Nasi Goreng Ikan Yang Sedap!

November 12, 2017

Good morning! Breakfast apa korang. Kekny pagi ni sempat juga goreng nasi sebab ada lebihan ikan goreng semalam. Tak nak membazir memang selalunya Kekny atau Maktok akan buat nasi goreng ikan. Simple je resepi nasi goreng ikan ni. Tak susah mana pun, tapi bawang tu bagi lebih sikit supaya rasa dia manis je bila kunyah tu. Kekny tak tambah kicap sebab tak nak rasa kicap menguasai rasa nais ikan dan cili tu.


Ambil gambar pun dengan handphone je pagi  ni sebab malas nak keluarkan kamera. Nasi goreng ikan ni memang kegemaran Kekny dari kecik sebab dulu-dulu Maktok selalu masakkan nasi goreng ni pada waktu pagi atau malam hari. Kekny memang membesar dengan nasi goreng ikan ni lah. Korang boleh tumis dengan sambal belacan sikit supaya lebih sedap dan beraroma. Tapi Kekny buat yang simple je, tumbuk cili merah tu saja, masukkan ikan tumbuk lagi dan kemudian tumis dengan bawang. Nasi tu kalau boleh nasi sejuk lebihan semalam. Goreng sampai garing ya Allah sedapny. 


Resepi Nasi Goreng Ikan

Bahan-bahan 
3 cawan nasi sejuk
3- ekor ikan goreng dibuang tulang
3 biji cili merah
7 ulas bawang merah dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
Sedikit minyak untuk tumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

Tumbuk cili merah hingga pecah kasar. Masukka isi ikan dan tumbuk lagi sehingga isi ikan hancur.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing. Masukkan isi ikan dan cili merah yang ditumbuk. Goreng sehingga garing. Tambah garam secukup rasa.

Masukkan nasi dan kacau rata. Goreng sekejap pada api tinggi supaya nasi juga menjadi garing. Siap.





You Might Also Like

2 comments

  1. sedapnyer..nasik goreng nostalgia ni...anak nelayan cam ni la kalau nak manfaatkan hasil lebihan makan semalam...selalunya mak goreng nasik guna ikan salai basah tu..mmg heaven sbb dulu xde peti ais nak simpan lauk cam ikan tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Left Over food especially sardin, ikan goreng, ayam goreng usah dibuang ye...boleh je dijadikan rencah untuk nasi goreng kan?

    ReplyDelete