Nasi Goreng Ikan Rebus

November 28, 2017

Kalau ke negeri Perak, rata-rata menu di restoren sana menghidangkan Nasi Goreng Ikan Rebus. Sebab Kekny ke negeri lain memang tak jumpa menu ni. Dan agak tak mengejutkan sebab ikan rebus ni ialah sememangnya berasal dari negeri Perak. Nasi goreng ikan rebus ni sedapnya kat ikan rebus tu yang digoreng garing dan diletakkan bawang besar, kacang panjang dan leobak merah digoreng sekali. Dan gandingannya tidak lengkap tanpa sambal belacan. Pertama kali merasai keenakan nasi goreng ikan rebus ni di Tapah masa balik turun dari Cameron Highland. Tak ingat restorennya tapi nasi goreng ikan rebusnya memang terbaik.

P_20170812_174658ed

Ikan Rebus Negeri Perak

Ikan Rebus ni bukan ikan rebus biasa. Tetapi ianya salah satu cara mengawet ikan supaya tahan lama seperti ikan kering atau ikan salai. Bezanya ikan direbus terlebih dahulu dengan garam yang banyak, asam dan cuka menjadikan isinya pejal dan tak hancur. Buang airnya dan biar kering air, kemudian baru disimpan. Boleh tahan lama juga ya sebab ini kedah orang dahulu menyimpan lebihan ikan. 

Untuk proses dan cara buat ikan rebus boleh baca DI SINI

P2260693ed

Ikan rebus ni memang agak popular kat negeri Perak. Selalu ke sana tak berkesempatan nak beli ikan rebus. Maklumlah ada jual pun kat pasar pagi je dan bukan hari-hari ada pasar pagi. Kalau berkesempatan je dapat ikut mak mentua ke pasar pagi Parit. Dulu ada nampak ada jual ikan rebus besar-besar dan sememangnya harga nya sangat mahal. Lagi mahal dari ikan segar.

P2270794ed

Resepi Masak Lemak Ikan Rebus Bersama Kantan Dan Belimbing Buluh KLIK SINI

Mak mentua Kekny selalu sediakan lauk ikan rebus dibuat gulai lemak bersama pucuk ubi dan bunga kantan. Adui sedapnya. Rindu pula kat Mak Mentua. 

Kalau korang nak rasa sedapnya nasi goreng ikan rebus ni boleh je buat sendiri. Caranya buat dulu ikan rebus ikut link diatas. Untuk nasinya hanya buat ringkas seperti nasi goreng biasa, boleh tambah kangkung. Goreng ikan rebus sehingga garing dan angkat. Kemudian goreng bawang besar potong, kacang panjang, lobak merah sehingga layu dan angkat lalu curahkan atas ikan goreng tadi. Hidangkan bersama nasi goreng dan sambal belacan.

You Might Also Like

4 comments

  1. Selalunya ikan rebus guna ikan kembung kan?

    ReplyDelete
  2. Sukanya makan ikan rebus. Dulu rajin jugak mama auni buat..

    ReplyDelete
  3. Miza duduk perak pun tak pernah makan dah kawin baru merasa ikan rebus serius sedap

    ReplyDelete
  4. Sedapnyer.. Ni yang buat terasa lapar balik ni. Baru je makan malam kejap tadi.

    ReplyDelete