Ayam Goreng Bawang Putih Ringkas Tapi Sedap

October 31, 2017

Dah jemu dengan lauk pauk sama je. Kekny sekarang lebih suka masak lauk yang ringkas, mudah dan cepat. Agak busy sekarang dengan business dan kerja di pejabat. Ayam Goreng Bawang Putih ni senang sangat nak buatnya. Kalau nak tahu bawang putih ni banyak khasiatnya dan cara terbaik nak makan bawang putih boleh cuba cara ni. Sedap tau makan dengan nasi putih panas-panas.


P1018797ed

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 labu bawang besar dihiris tebal
 ulas bawang putih dihiris nipis

Bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (boleh gantikan dengan kunyit serbuk ye)

Cara penyediaan

Ayam digaul dengan bahan tumbuk, sos tiram, sedikit garam. Goreng sehingga garing.

Angkat ayam yang digoreng garing tadi ke dalam pinggan. Goreng pula bawang putih sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Goreng bawang besar sehingga layu, masukkan ayam goreng dan kacau rata.Kaup kedalam pinggan dan tabur bawang putih rangup tadi. Siap!

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnya Eny. Nak cuba resepi ni jugak... boleh buang angin yang banyak dalam badan sekali.

    ReplyDelete
  2. Senang..SA selalu buat goreng ikan cencaru...

    ReplyDelete
  3. serius nampak menyelerakan tu

    ReplyDelete
  4. Simple dan sedap ni kekny. Makan dgn nasi panas2 confirm bertambah dibuatnya

    ReplyDelete
  5. sama la kita kekny, suka masak yang simple je sekarang. Lepasni boleh la try resipi ni :D

    ReplyDelete
  6. tengah fikir nak masak ape dari tadi..nasib baik singgah sini..boleh la try

    ReplyDelete