Mee Hailam

11:57 am

Sapa yang suka mee hailam, boleh jadi geng saya hehehe.. Teringin nak makan mee hailam. Jadi kena buat sendiri lah sebab susah nak cari mee hailam sedap sekarang.

Chinese Mee Hailam

PA170568ed
Mee hailam ni rasanya resepi dari orang cina, tapi saya pun tak pasti. Cuma dulu-dulu ada kedai cina yang papan tanda ditulis Kedai Hailam. Ada kawan Chinese saya cakap, kedai tu cuma jual makanan vegetarian. Hihi sampai sekarang saya pun tak pasti kesahihan cerita tu. Tapi di Ipoh banyak restoren chinese menghidangkan mee hailam bersama daging, ayam dan udang. Cuma terkstur mee hailam tak sama iaitu kuah sedikit kering dan ada yang tak berkuah langsung.

PA170588ed

Mee Hailam Orang Melayu

Mee hailam kalau dikedai orang melayu pula, ialah mee berkuah kicap hitam, yang pekat, rasa manis dan masin serta selalunya ada banyak sayur diletakkan. Boleh ditambah ayam, daging, udang atau sotong. Adakalanya kita boleh tambah bebola atau kek ikan. Selalunya dulu-dulu mak-mak akan order mee hailam untuk anak-anak sebab kuah mee yang kurang pedas dan kanak-kanak sukakan rasa kicapnya tu.

Kalau dikedai, kuah mee hailam dibuat dari air rebusan daging atau tulang. Bila nak  masak, air rebusan akan dimasukkan kedalam kuali sebagai kuah mee. Kemudian baru dimasukkan kicap pekat hitam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung sebagai pemekat kuah. Kuahnya tidak boleh terlalu cair dan terlalu pekat.

PA170583ed 

Dulu-dulu rasa mee hailam memang sedap. Sekarang susah nak jumpa mee hailam kedai melayu yang sedap. Ini kerana sekarang hanya banyak kedai siam yang mana mee hailam atau mee bandungnya rasanya tak sama dengan kedai makan dulu kepunyaan orang melayu kita.

Mee tu terpulang lah nak dicampurkan sekali kedalam kuah macam dikedai atau nak dicelur dandiasingkan. Saya suka celur dulu dan asingkan kuah dan mee sebab saya buat kuantiti banyak dan mee tak lah kembang. Lagipun saya suka mee yang dicelur dan dibasuh dengan air supaya hilang bau dan rasa kapurnya. Rasanya pun tak masin sangat.

Jadi buat sendiri mee hailam lebih sedap rasanya. Puas dapat makan hehehe..

PA170568ed

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning, dicelur
600gm daging, boleh tambah tulang jika suka
Bebola atau kek ikan
Sawi, dipotong
Pucuk jagung, dipotong
Lobak merah, dipotong
2 sudu besar serbuk lada sulah
1 bunjut sup
1 sudu besar lada hitam biji
1/3 cawan kicap pekat atau lebih jika perlu. Saya pakai kicap Mudim yang pekat tu je
5 ulas bawang putih, diketuk
4 ulas bawang merah, dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
2 inci halia, dihiris nipis
Air secukupnya, lebih kurang 1 liter
1/2 cawan bancuhan tepung jagung, atau lebih jika perlu
Sedikit minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup untuk dihidangkan bersama.

Cara penyediaan 
Daging, tulang, halia, bunjut sup, lada hitam dan air dimasukkan kedalam periuk. Rebus daging bersama tulang sehingga lembut. Keluarkan daging dan hiris nipis. Simpan air rebusan daging.

Panaskan minyak, dan tumis bawang putih ketuk dan bawang merah. Masukkan bebola ikan atau kek ikan. Masukkan air rebusan daging, kicap, sos tiram, lada sulah, dan daging rebus yang dihiris tadi.

Biar sehingga kuah mendidih. Tambah kicap jika perlu. Masukkan sayur-sayuran. Masak sehingga mendidih lagi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kaca rata. Rasakan garam dan gula.

Bolehla masukkan mee kuning atau dihidangkan bersama mee yang telah dicelur.

Hidangkan bersama taburan daun bawang dan daun sup yang dipotong halus.




You Might Also Like

13 comments

  1. aduhaiiiiiiiiiiii......
    tertelan² air liur nieyl kak...

    ReplyDelete
  2. k.enyyy. tak kuat nak tengok mskn k.eny niii

    ReplyDelete
  3. terasa aromanya menyusup hidung., hihi2

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok mee hailam, Eny. Saya pun suka mee hailam :)

    ReplyDelete
  5. telan air liur SA petang2 ni ha.....

    ReplyDelete
  6. Hai la akak. akan cuba buat nanti ! heheh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum eny....sedapnya tengok mee hailam ni...:)

    ReplyDelete
  8. haaa sarah dah salin resepi nih, soksok mesti buat hahaha

    ReplyDelete
  9. Ada mee hailam melayu. Fb Mee Hailam D'Perak

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com