Nasi Daging Dalam Masa 20 Minit Dengan Philips Pressure Cooker

/
27 Comments
12:48 pm
Nasi Daging Dalam Masa 20 Minit Dengan Philips Pressure Cooker | Buat Nasi Daging lagi. Tapi kali ni lebih mudah sebab guna Philips Pressure Cooker.  Nasi pun jadi elok dan tak berapa lembik sangat. Daging pula lembut dan berjus. Suka lah pakai Philips Pressure Cooker ni. Sebab masak apa pun jadi elok hahahah..


Kekny guna beras biasa je. Pun cantik je kejadianya, elok masak. Sedap dah tentulah hehehe. Dengan Philips Pressure Cooker ni nak masak nasi jenis tumis ni memang senang. Kalau kita guna dapur gas, selalu nasi akan jadi tak masak, lembik atau berkerak. Jika masak guna rice cooker biasa, nasi selalu tak masak lagi, butang masak dah naik. Jenuh lah dok ulang tekan butang tu saja. Dan selalunya nasinya jadi tak berapa elok masaknya. Ada bahagian mentah, ada bahagian lembik, ada bahagian masak elok. Pakai Philips Pressure Cooker ni memang nasi masak sekata, tak berkerak dan masak sepenuhnya!

P1018230ed

Nasi daging ni lawannya ialah air asam tomato. Sedap memang sedap. Kalau nak tambah kuah dalca atau kari tu boleh je. Atau boleh juga buat acar jelatah. Sedap juga digandingkan dengan nasi daging ni.

P1018237ed

Habis sekejap je nasi ni. Kejadian nasi yang lembab dan tak kering, daging pun lembut dan juicy didalamnya. Ahamdulillah.

P1018252ed

Haa korang kena dapatkan satu pressure cooker ni, untuk mudahkan kerja didapur. Boleh je beli dari LAZADA. Murah je. Boleh KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN

P1018257ed

Resepi Nasi Daging 

Bahan-bahan
800 daging lembu - dipotong nipis je
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
5 cawan beras
5 cawan air
2-3 helai daun pandan - disimpul
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar tomato puree

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia


Cara penyediaan

Cuci beras dan tapis airnya didalam penapis sehingga betul kering.

Dalam pressure cooker, masukkan sedikit minyak. Press BAKE dan press CHICKEN, biar sehingga minyak panas, kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga,  masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.

Masukkan daging dan gaul rata. Biar sehingga daging mengecut dan hilang merah. Jika nak daging lebih lembut boleh rebus sekejap dengan set on pressure, BEEF mode selama beberapa minit. Kemudian release pressure dan buka periuk semula. Saya pakai daging jenis lembut jadi tak perlu rebus dah.

Masukkan rempah sup dan kacau rata.

Masukkan beras dan air. Jika air daging banyak, pastikan kurangkan air nasi. Biar nasi dan air sama paras lebih sikit je.

Masukkan tomato puree, daun pandan, kacau rata dan tutup pressure cooker. Pastikan tombol berada pada kedudukan seal. Kemudian off kan mode Bake. Press RICE dan kemudian Press START dan tunggulah hingga nasi masak.

Bila sudah masak, release pressure dan boleh gemburkan nasi supaya lebih gebu.

Resepi Air Asam Tomato

Bahan-bahan
5 biji tomato dihiris nipis
2 biji bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar serbuk kerisik – jangan ambik minyak ye

Bahan kisar (kisar sekejap jangan halus sangat)
½ cawan air asam
1-2 sudu besar belacan
4-5 biji cilipadi
3-4 biji cili merah
Sedikit garam dan gula

Cara penyediaan

Gaul bahan kisar bersama tomato dan bawang serta kerisik. Gaul sebati dan sedia dihidangkan.


You may also like

27 comments:

  1. Terbaiklah Kekny...
    tengok gambar pun dah nampak sedap dah... hehe

    ReplyDelete
  2. assalmaualaikum Eny
    lama nya tak singgah sini
    tercium wangi nasi daging tu kot
    sampai kaknoor datang bawa pinggan heeee sedappp nya

    ReplyDelete
  3. berbaloi-baloi ada pressure cooker camni

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat Nasi Daging yang dagingnya berjus dan nasinya elok lembut dan gebu memang terbaiiiikkk lah.. :)

    ...

    ReplyDelete
  5. Sungguh menjimatkan masa! Sedap pula tu.

    ReplyDelete
  6. selalu jue guna rempah segera.. tak pernah cuba lagi dari bahan2 mcm ni. boleh try nanti

    ReplyDelete
  7. Bestnya.....paling best sebab cepat dan mydah =)

    ReplyDelete
  8. Terliur tgk nasi daging kekny.. Teringat mak punya ns daging utara


    Ada x yang ada masalah Hb rendah? Jom semak 10 Makanan Naikkan Hb

    ReplyDelete
  9. Waaa kekny masak nasi daging laaaa.. tak jemput kita makan pon

    ReplyDelete
  10. kekny buat saya terliur lahhhh. Mana nak cari nasi daging utara dekat area sini :(

    ReplyDelete
  11. sedapnya . daging tue mesti lembut . ccl new follow sini jemput ke blog ccl ya
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/resepi-donut-cheese-leleh.html

    ReplyDelete
  12. Lapar buka blog kekny, memang mengancam la makan nasi daging dengan ayaq asam

    ReplyDelete
  13. macam-macam boleh buat dengan pressure cooker nie.. bestttt

    ReplyDelete
  14. Rasa macam nak datang umah kekny bawak bahan mentah dan mntak kekny masakkan je tauu
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  15. pressure cooker mmg hot sekarang.. mcm mcm boleh msak dlm tu

    ReplyDelete
  16. Terbaik Philips Pressure Cooker ni.. boleh jimat masa banyak

    ReplyDelete
  17. perghhhhh mengancammmm hahaha. bila lahh kc nak merasa nasi daging ni T-T

    ReplyDelete
  18. cepatnya. 20 minit dh siap...

    ReplyDelete
  19. Alahai sedapnyer, tak pernah rasa nasik daging nie. hermmmm terbaikk kena cuba nanti dapat daging korban. hihihi

    ReplyDelete
  20. Hmm...nyum nyumm...kalau boleh keluarkan gambar dari screen kenyang ni. hehehe...
    Saya singgah sini dan follow kak eny.. #AfbDotMy #AFBians

    ReplyDelete
  21. sedapnya nasi daginggggg

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum kak eny! lamanya rasa tak mai singgah melawat blog kak eny (mood menulis ke laut dalam. ni baru nak baru dpt mood semula :P )

    bestnya ada pressure cooker ni. memudahkan kerja2 memasak nasi. nasi tak berkerak tu yg penting tu. masa raya haji baru ni dpt 2 kilo daging korban, dan la jugak buat daging ayaq asam dgn kak ipaq hehehe

    ReplyDelete
  23. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  24. Boleh cuba ini kekny . Selalu pressure cooker tu buat masak sup tulang ja , hehe .

    ReplyDelete