Rendang Daging Berempah

/
5 Comments
10:17 am
Rendang ni banyak versi dan resepinya. Tak terhad kepada satu jenis sahaja. Dalam blog Kekny ni pun ada banyak dari rendang tok, rendang utara, rendang hitam manis dan sebagainya. Kali ni Kekny nak share rendang daging berempah resepi Mak Tok. Rendang ni sedap dihidangkan bersama ketupat, nasi himpit, pulut kuning, dan nasi minyak. 


Rendang ni ada rasa pedas, manis dan haruman rempah tu. Sedap dimakan dengan nasi beriyani, nasi minyak dan sebagainya. Klik untuk Resepi Rendang Tok

P6257858ed

RESEPI RENDANG DAGING BEREMPAH


Bahan-bahan
1 kg daging - dipotong sederhana
1 cawan cili kering, gunting pendek, direbus, buang biji dan dikisar halus
1 paket rempah kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula kabung / gula melaka / gula merah - boleh kurang jika tak suka manis atau lebih jika suka
2 helai daun kunyit dipotong halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan kisar (dikisar dengan sedikit air)
3-4 inci lengkuas
3 batang serai
2 inci halia
8 ulas bawang merah saiz sederhana
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan

Gaul rempah kari daging, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, jintan putih dalam mangkuk, masukkan sedikit air dan gaul sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, masukkan rempah yang dibancuh dengan air tadi. Biarkan rempah masak sekejap. Kemudian masukkan cili yang dikisar. Masak dan tumis lama sehingga naik minyak.

Masukkan daging, dan santan, masukkan gula melaka, dan kacau rata. Boleh tambah air jika terlalu kering.

Bila rendang dah hampir kering tabur daun kunyit dan masak lagi sehingga betul-betul kering.



You may also like

5 comments:

  1. Rendang dengan ketupat.. Tak boleh dipisahkan

    ReplyDelete
  2. lapar pulok tengok gambaq nih

    ReplyDelete
  3. yg ni pon sedap. sebenarnya lela tgh lapar. nampak semua sedap. sorry boom kak eny

    ReplyDelete