Kacang Goreng Bogel ... Pernah Dengar?
June 03, 2017
Haa kacang bogel namanya macam agak pelik kan hahaha.. tapi mungkin ada segelintir dah tahu, ianya adalah Naked Nuts yang dijual oleh Cikgu Wan Sukeri yang juga admin Group Resepi Otai di facebook.
Naked Nuts, kacang shandong tanpa kulit pedas berperisa ni idea dan inspirasi juga resepi istimewa air tangan Cikgu Wan kita ni. Kau yang perempuan kalau nak add cikgu wan di facebook beliau kalau kena tahan laser mulut dia dan confirm rasa rendah diri dengan kepakaran masak beliau yang lebih terer dari kita perempuan ni hahahah..
kekny dah rasa Naked Nuts ni. Hari tu sebelum puasa kebetulan nak ke Ipoh, singgah di SP sebab dah order 2 balang naked nuts dari cikgu. Setengah balang habis atas kereta saja. Dah suap sekali tu, terus berkali kali suap tanpa henti hahaaha..
Kacangnya digoreng pada suhu yang bersesuaian memang orang Kedah kata, tak makan minyak, maksudnya tak serap minyak dan bila makan tu tak la berlemoih tangan. Haaa bukan macam sesetangah kacang pedas jenuh berlemoih tangan tu, dengan minyak dia lagi. Yang Naked Nuts Cikgu Wan ni memang kering ja dan yang penting perisa tu meresap terus dalam kacang. Terasa sempurna garam, cili dan bawangnya.
Raya ni kalau nak ada Naked Nuts atas meja, cepat-cepatlah hubungi Cikgu Wan untuk order. Kena order awal no sebab Cikgu Wan sendiri yang goreng kacang ni. Memang 100 peratus produk homemade. Kekny memang prefer produk homemade macam ni sebab terjamin kebersihan dan kualiti.
Selain Naked Nuts ada juga produk lain yang Cikgu Wan jual. Korang pilih je nak yang mana!
Untuk tempahan boleh whastapp 0124530315 LINK WHATSAPP
Atau ke facebook beliau MAESTRO ATEH WAN
2 comments
Wah.. Mcm sedap... Yummy...
ReplyDeleteHahahaha nama dia win sangat...
ReplyDelete