Sup Ikan Siakap

/
2 Comments
11:57 am
Bila teringin nak menghirup sup tu tapi dah jemu sup ayam. Sup daging pula macam terlalu berat. Jadi sup ikan lah paling sesuai. Kena pulak ikan segar dan lepas siap tu tabur bawang goreng dan daun sup banyak-banyak. Memanggggg sedaaaappp! Yang ada stok ikan siakap, jadilah sup ikan siakap, sedap juga ikan ni dibuat sup. 

P4087116ed

P4087118ed

Resepi Sup Ikan

Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap dipotong jadi kepingan. Boleh pakai ikan merah, jenahak dan sebagainya
2 biji kentang dipotong dadu besar
1 biji lobak merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar, dihiris
2 inci halia dihiris
1 bungkus rempah sup ikan - saya pakai rempah sup ikan Mak Siti
Daun sup dan daun bawang dipotong
1 sudu besar lada sulah
Air secukupnya
garam secukup rasa

Cara penyediaan

Panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang dan halia, kemudian masukkan serbuk rempah yang dicampur air sedikit.

Tumis sehingga wangi kemudian masukkan air secukupnya bersama kentang dan lobak merah. Masukkan juga lada sulah dan garam.

Biar sehingga mendidih dan apabila mendidih masukkan kepingan isi ikan dan kepala ikan. Bair mendidih sekejap sebelum diangkat.

Tabur daun sup dan daun bawang berserta bawang goreng semasa hidang.



You may also like

2 comments:

mama tisya said...

Sdapnya..biasa buat sup ikan merah

Uyul Rosli said...

alaaaa menggodanyaaa, alaaa.

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan