Cara Supaya Approve Google Adsense

/
8 Comments
8:35 pm
Kekny bukanlah pakar Adsense sangat. Tapi ni hasil dari pembacaan dari website dari luar mengenai Adsense. Website kat Malaysia pun banyak actually kalau nak baca pasai Adsense ni. Boleh ke blog bro Hasrul Hassan - dan baca artikel mengenai Adsense dari beliau.

Entry ni dibuat sebab dapat banyak sangat soalan berkaitan Google Adsense ni. Kekny pun tak pasti nak cerita macam mana atau maybe tak layak nak bagi tips tapi biarla saya berkongsi apa yang saya pelajari dari website luar dan saya cuba praktikkan ke blog saya.

Perlu dingatkan, dalam mendapatkan google adsense, akaun google mestilah berusia 6 bulan keatas. Blog pula harus mempunyai artikel yang mencukupi dengan jumlah teks yang mencukupi. Jadi anda disarankan menulis dan menulis selama beberapa bulan sebelum memohon Google Adsense. 

Cara Supaya Approve Google Adsense

Minimum Post / Artikel

Pastikan ada 30 – 50 atau lebih banyak lagi bagus genuine artikel yang BERKUALITI – ditulis sendiri, tidak dicopy dari mana-mana website dan setiap artikel mestilah lebih banyak TEKS dari GAMBAR.  Kalau banyak entry Wordless Wednesday tu memang agak susah la hahaha.. jadi banyakkan membebel. Tulis la luahan hati ke, maki jiran sebelah ke, ayat jiwang atau cipta sajak ke… asalkan ada pengunnaan text yang banyak disitu.

Niche Blog

Pastikan blog anda ada niche tersendiri semasa memohon. Bukan blog caca merba. Ini kerana senang adsense nak sort iklan nanti untuk blog kita. Kalau sekejap cerita pasai  cara buat macaroon, sekejap cerita gossip liar tempatan ala ala Oh Bulan… hmm susah gak tu… Dah lepas lulus tu boleh la bergossip seperti biasa hehehe

3rd Party Ads atau Affiliate

Remove dulu semua benda tu termasuk banner iklan,  nuffnang (yang ni selalu ok je tapi kalau berkali kali tak approve cuba remove sekejap), affiliate dengan mana-mana website. Remove sementara adsense nak approve.  Tapi jika dah approved pun cuba hadkan iklan dari website lain kerana nanti kena banned pulak. Tapi google akan bagi warning dulu sebelum banned.

Website Presentation

Mestilah layout yang bersih, kemas, organized, handsome, cantik dan lawa… bukan yang ada bunga, burung terbang, bintang berkerlipan, pelangi menyinari, tu semua google tak mau ok.. Yang penting kena template yang ringan dan cepat. 

Custom domain

Google lebih pay attention kepada blogger yang guna custom domain berbayar daripada yang free. Yang ni tak pasti kenapa... mungkin sebab, yang berbayar lebih serius berblog. Mestilah serius kan, sebab kita dah bayar. 

Traffic

Traffic mestilah organic, maksudnya datang dari carian, bukan dari hasil ping atau dari source link facebook dan sebagainya. Jadi mantapkan teknik SEO dulu untuk menarik traffic secara lebih organik. Yang ni memang korang kena join group blogger macam Auto Feed Blog (AfFB) untuk mantapkan teknik SEO. 

Wujudkan Pages 

Contoh antaranya :
About Us - Wajib
Contact Us
Privacy Policy
Disclaimer Policy
Terms of Usage

Maklumat diatas mungkin ada yang tak letak langsung. Cuba letak atau at least letak salah satu. Again, google nak tengok how genuine kita berblog dan menulis dan mestilah ada communication dengan reader.

Daftar Google Analytics

Ini membolehkan google dapat trace visitor dengan lebih mendalam dan detail. Bukan sekadar pageview semata-mata. 


Okay cuba praktikkan tips-tips diatas, nanti Kekny share cara nak naikkan income Adsense pula.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Cara Approve Google Adsense 





You may also like

8 comments:

Salma Othman said...

this year dah 2 kali cuba apply, tapi x approved. dulu ada pernah pasang kat blog lama yang guna hosting blogspot, memang cepat approve. entah apa masalah kali ni susah nak approve. huhu.

AimNub Haris said...

wahhh.. bagusnya tips yang Eny bagi.. ringkas tapi padat dan mudah nak ikut.. thanks Eny.. ;)

Yang kena create Page tu rasanya Ain belum lengkap. Nak kena rajin sikit ni buat benda2 teknikal tentang blog bukan main hentam je.. hehehehhee.. :)

...

Ummi Zarra said...

Thanks sharing info kak eny. sy nye xapprove lg. bru resubmit. heheheh

Aznin Taridi said...

Asmlkm. Very good info sharing. Mmg pernah tertanya2 jugak tapi tak berani nak apply sbb blogging tak consistent ekekeke! Sibuk, wak... =D

kak gojes said...

terbaik la kekny..KG bookmarks yg ni ya

Lina Shaza said...

Hi enyyy...ini linaAFB....salam kenal lina dah follow eny

panphila said...

I might get stucked at the domain and create pages xD Just applied a few days ago. Let's hope I get picked.

http://panphila.blogspot.my

Hernee Nazir said...

baru first time apply ari kena reject pulok.. :p