Lala Kam Heong

April 27, 2017

Kekny rasa, lala ni paling sedap ialah masak kam heong ni. Entah asal ni resepi ni siapa cipta tapi kalau google memang ramai yang dah try masak Lala Kam Heong ni. Kam Heong adalah dari perkataan Cantonese ye bermaksud Golden Fragrance. Kuahnya warna hitam keemasan dan bau wangi semerbak memang sesuai sangat lah nama tu.

PB115520ed

Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Sedar-sedar dah penuh semangkuk kulit lala hehehe.. Resepi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.

PB115544ed

Resepi Lala Kam Heong

Bahan-bahan 
1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
8 ulas bawang merah dihiris nipis - boleh juga guna bawang besar
6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
1 inci halia dihiris memanjang
6-7 helai daun kari
Sedikit daun bawang secukupnya di potong
Cili merah dipotong
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato 
5-6 sudu besar kicap pekat - atau lebih jika perlu

Cara penyediaan 

Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.


Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air.  Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.

Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.

You Might Also Like

5 comments

  1. Perghh menyelerakan.. terliur pulak tgk gambar..

    ReplyDelete
  2. Masak apa pun kalau ada daun kari,kicap mmg menjadi kegemaran.

    ReplyDelete
  3. Ya ampun..sedappnye!!! Terliur tengok gambo2..

    ReplyDelete