Kari Udang Lipan Nenas

/
1 Comments
12:00 pm
Salam Jumaat penuh barokah..
Masak apa korang hari ni. Haaa ni kari udang lipan nenas atau ada orang panggil udang ketak. Sedap udang lipan ni dibuat kari seba rasanya yang menyamai isi ketam. Korang buat je kari macam biasa ikut versi masing-masing.
P6242478ed

Tapi kalau ikut maktok, seafood ni dia suka buat kari lemak dan campur nenas. Sedapp.. jom tengok resepi. Kalau nak versi ketam boleh tengok kat sini Resepi Kari Lemak Ketam Utara
P6242483ed

Resepi Kari Lemak Udang Lipan dan Nenas

Bahan-bahan
1 kg udang lipan dibersihkan
1/2 biji nenas kecil dipotong ketulan besar
2 bungkus kecil rempah kari udang / makanan laut - boleh guna rempah ikan + rempah kari daging
2 cawan santan pekat secukupnya
2-3 cawan air atau secukupnya atau boleh guna perahan cair santan
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara penyediaan

Dalam periuk satukan bahan tumbuk bersama rempah, air atau santan cair dan didihkan (sehingga rempah masak).

Masukkan nenas dan biar lagi sehingga mendidih. Masukkan separuh santan dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan udang lipan dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan baki santan dan masak sehingga mendidih sekejap boleh la tutup api.

Cubalah resepi Kari Udang Lipan Nenas ni.. memang terangkat habis!



You may also like

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

ritu jalan2 kat semporna ada beli udang lipan.. first time cuba makan hehe..
boleh tahan jugak rasanya tapi prefer udang original =P