Kari Lemak Ketam Utara

10:04 am

Kari tersedap bagi Kekny ialah kari ketam. Rasa ketam yang manis tu memang membuatkan kuah kari menjadi sedap. Kena pula digandingkan dengan buah nenas. Kari ketam versi mak Kekny buat dia ialah versi tak tumis. Orang utara panggil gulai lemak atau gulai darat. Tapi berbeza dengan masak lemak ketam tau sebab ni pakai rempah macam kari. Jika suka nak tumis darat pun boleh saja untuk tambah kewangian bawang tu. Jom cuba resepi mudah ni

PB045406ed

Resepi Kari Lemak Ketam 

Bahan-bahan
5-6 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
1/2 biji nenas kecil dipotong ketulan besar
2 bungkus kecil rempah kari udang / makanan laut - boleh guna rempah ikan + rempah kari daging
2 cawan santan pekat secukupnya
2-3 cawan air atau secukupnya atau boleh guna perahan cair santan
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara penyediaan

Dalam periuk satukan bahan tumbuk bersama rempah, air atau santan cair dan didihkan (sehingga rempah masak).

Masukkan nenas dan biar lagi sehingga mendidih. Masukkan separuh santan dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan ketam dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan baki santan dan masak sehingga mendidih sekejap boleh la tutup api.

Cubalah resepi Kari Lemak Ketam Utara ni.. memang terangkat habis!

You Might Also Like

3 comments

  1. Kari ketam ye.. Sha tak pernah makan lagi.. selalu makan ketam masak lemak atau sup ketam je.. Mungkin boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. Ya ampun Kak Eny, terliur tengok gambar ketam tu!

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya. Memang lain kalau masak letak ketam. Kuah pun jadi manis 😍

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com