Menjadi seorang food blogger ni bukanlah kerja yang mudah ye. Kena dedikasikan seluruh masa dan tenaga dalam menghasilkan masakan dan kemudian kena buat food styling, memilih props kemudian seterusnya ialah menghasilkan gambar yang mampu membuatkan pembaca menelan air liur dan seterusnya ingin mencuba resepi tu atau membeli makanan tersebut. Haaa dalam nak menghasilkan gambar cantik ni, kenalah setup mini studio untuk food photography. Actually panduan ni tak terhad untuk food saja, korang boleh guna untuk buat shooting produk review, produk jualan korang dan sebagainya. Dan korang boleh je pakai camera biasa atau camera dari handphone. Tak semestinya kena pakai DSLR. Tu sebab kekny tunjuk cara nak buat teknik pengcahayaan yang betul.


Cakap pasai gambar ni, Kekny sangat sedih bila gambar blogger masakan ni dicuri oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab untuk kegunaan perniagaan mereka. Apa salahnya minta elok-elok dan bayar sedikit atas usaha dan penat lelah. Korang boleh je buat FB ads, Insta ads, sanggup bayar mahal untuk pengiklanan tapi gambar korang google saja huhuhu.. 

Oklah dalam entry ni Kekny nak tunjukkan sedikit tips untuk buat mini studio untuk penghasilan gambar yang cantik. Memang penat tau, lepas masak, terus bersiap nak ambil gambar makanan macam sayur, dan sup kena cepat ambil sebab nanti dah sejuk, warnanya dah tak cantik, dah layu, kusam. Jadi lepas masak memang terus kena ambil gambar tak kira penat bagaimanapun.

Tips Ringkas Set Up Mini Studio Untuk Food Photography

Ni tempat Kekny ambil gambar kek dan adakala kekny buat tutorial kek dan masakan disini. Sebab ni bahagian dapur je. Korang boleh sediakan satu meja khas untuk ambil gambar. Anggap je macam mini studio korang. Boleh letak juga rak atau kabinet untuk simpan props sekali.


Ni pulak mini studio yang Kekny buat di penjuru bilik. Ada meja untuk ambil gambar, mestilah berhampiran tingkap untuk pengcahayaan semulajadi sebab kadang-kadang Kekny rasa nak guna cahaya semulajadi tak perlu angkat meja ke tepi tingkap dah. Dan juga ada mini studio lighting dengan mentol berwarna putih. Perlukan 2 atau 3 ye especially jika kita ambil gambar di waktu malam.

Korang tengok dekat rak sebelah tu adalah pinggan mangkuk untuk props yang Kekny selalu guna. senang simpan satu tempat. Takde lah nak tercari-cari. 

Set Up Lighting (Pengcahayaan)


Ni cara set up lighting. Boleh pilih nak letak lampu sebelah je atau letak kiri dan kanan bergantung pada keadaan cahaya dan set up kita. Kena ada diffuser yang bertindak menyebarkan atau memecahkan cahaya supaya lebih natural. Diffuser boleh pakai kain putih, kad bod transparent macam Kekny guna atau korang boleh pakai helaian kertas putih (kertas majung yang nipis) yang digantung atau dilekatkan pada frame kayu kosong. Lampu atau sumber cahaya perlu berada di belakang diffuser kita buat tu. Cahaya lampu yang direct tanpa diffuser akan menghasilkan cahaya yang bertumpu dan terlalu fokus, cahayanya tidak sekata dan tidak tersebar seperti cahaya natural, menghasilkan bebayang dan nampak sangat tak natural. 

Sebelah dinding tu ialah kepingan board putih sebagai reflector bertindak memantulkan cahaya lampu dari sebelah kanan supaya bayang disebelah kiri yang tiada cahaya dapat dikurangkan. Nampak lebih dramatik.

Ni hasil gambar dari set up lighting  diatas.. tengok di bahagian kiri tiada lampu, gambar tak gelap, bayang dapat dikurangkan hasil pengunaan reflector, dan bahagian kanan berlampu, cahaya sangat sekata seolah cahaya semulajadi hasil pengunaan diffuser..

P4081526ed2rr  

Susun Atur Props

Ni contoh penggunaan props, susun la bagi nampak cantik ikut citarasa masing-masing. Susun je macam mana pun.

Tapi bila ambil gambar, jangan semua gambar props tu masuk. Biar masuk sipi sipi je, separuh, suku je dari gambar subject utama. Props ni orang kata macam bridemaids kepada pengantin. Pengantin tu fokus utama, bridemaids untuk me
Bila ada props gambar pun nampak menarik.. lebih natural dengan susunan kain napkin, sudu, gelas air dan sebagainya.. seolah tersedia untuk dijamah..

P4081517ed2

Dan Kekny sangat bertuah ada DH yang sangat supportive, dan menyokong kerjaya Kekny sebagai food and photography blogger ni. Tengok tu sanggup buatkan papan prop untuk background. Kalau Kekny nak buat sendiri, nak beli paku kat kedai mana pun tak reti hehehe.. 


Sekian tips ringkas ni harap dapat membantu korang. Kalau korang nak beli gambar makanan untuk jualan dari Kekny boleh email ke enyabdullah@gmail.com

Udang Lipan ialah sejenis udang bermusim yang harganya agak murah berbanding udang biasa, tapi rasanya lebih sedap dari udang. Ini kerana rasanya yang seakan menyamai isi ketam, manis dan lemak selain isinya yang lembut. Sedap dibuat masakan berkuah seperti kari, masak lemak atau dibuat mee kuah udang lipan ni.

Kekny dan family memang selalu beli udang lipan ni kalau terjumpa. Bermusim tu sebab adakala memang banyak sekali dijual. Tapi kalau tak da tu memang susah nak cari. Satu lagi udang ni juga macam ketam, ada masa isinya tak banyak, ada masa isinya penuh dan padat. Jadi tips masa nak beli udang ni, pegang udang tu dan kalau rasa berat walaupun udang tu kecik, tu bermakna isinya penuh dan padat.

Sedap buat mee kuah atau mee bandung sebab rasa kuah mee menjadi lebih sedap!

P2246831ed P2246821ed

Cara siang udang lipan ni senang je... potong dengan gunting bahagian tajam di kiri dan kanan badan, potong hujung ekor dan kepala yang tajam. Siap!
siang udang lipan




Resepi Mee Kuah Udang

Bahan-bahan
1-2 bungkus  mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak. Toskan dan masuk dalam raga penapis

1 kg Udang lipan atau udang biasa, boleh ganti ayam, sotong dan daging
3 keping tauhu dipotong
fishcake dan fishball secukupnya
2-3 biji telur
1/4 bahagian kobis dipotong
1 pokok sawi dipotong
2-3 sudu besar cili kisar bersama bawang besar dan bawang putih
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Tauhu - dipotong dadu
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.





Cara penyediaan


Panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang putih yang diketuk dan kemudian cili kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan garam. Biar sehingga mendidih.

Bila mendidih masukkan udang lipan, fish cake, fish ball dan tauhu. Akhir sekali masukkan bahan sayuran dan pecahkan telur. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Boleh hidangkan dengan mee, taburan daun bawang, bawang goreng dan taugeh yang dicelur.
Kekny rasa, lala ni paling sedap ialah masak kam heong ni. Entah asal ni resepi ni siapa cipta tapi kalau google memang ramai yang dah try masak Lala Kam Heong ni. Kam Heong adalah dari perkataan Cantonese ye bermaksud Golden Fragrance. Kuahnya warna hitam keemasan dan bau wangi semerbak memang sesuai sangat lah nama tu.

PB115520ed

Hidangkan dengan nasi putih memang laju je menghirup isi lala tu licin je masuk ke mulut. Sedar-sedar dah penuh semangkuk kulit lala hehehe.. Resepi ni sesuai juga untuk hidangan lain seperti udang, ketam dan juga ayam. Boleh pelbagaikan dan sangat versatil.

PB115544ed

Resepi Lala Kam Heong

Bahan-bahan 
1/2 kg lala dibersihkan dan tos airnya
8 ulas bawang merah dihiris nipis - boleh juga guna bawang besar
6 ulas bawang putih dihiris nipis atau dicincang
1 inci halia dihiris memanjang
6-7 helai daun kari
Sedikit daun bawang secukupnya di potong
Cili merah dipotong
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan disatukan sekali dan gaul rata menjadi paste
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato 
5-6 sudu besar kicap pekat - atau lebih jika perlu

Cara penyediaan 

Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris dan biarkan wangi dulu. Masukkan daun kari. Kemudian masukkan paste campuran kicap, sos tiram dan rempah tadi. Gaul rata.


Masukkan lala dan kacau. Jangan tambah air ye sebab lala tu dah ada air.  Nanti isi lala kecut, air tu akan keluar sendiri.

Tabur daun bawang dan cili merah potong akhir sekali, siap dan boleh dihidangkan.

Kadang kala jika tak sempat nak restock bahan masak, masa ni lah keluarkan stok makanan kering hehehe.. Ikan Talang Masak Asam ni memang sedap tau jika makan dengan nasi panas-panas. Gandingan kuah asam bercili tu dengan ikan masin adalah sangat serasi. Ni Silap-silap bertambah 2-3 pinggan hehehe.. 

Gambar dari Instagram, dalam kuali lagi. Kekny korang ni janji masak je, kalau tak ada masa nak bergambar tu memang macam ni lah hehehe.. Jom tengok resepi mudah ni.



Resepi Ikan Talang Masak Asam

Bahan-bahan
2-3 ketul ikan talang dihiris dadu sederhana 
1 mangkuk air asam yang sedikit cair atau boleh pakai 1 sudu besar pes asam jawa dibancuh dengan air
1 labu bawang besar dihiris nipis
Sedikit minyak untuk tumis

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cilipadi 

Cara penyediaan

Goreng ikan talang masin hingga garing. Buang sedikit minyak gorengan dalam kuali sehingga tinggal dalam 2-3 sudu besar.

Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.

Masukkan air asam, dan sedikit gula jika suka

Bila mendidih, masukkan ikan talang goreng tadi dan bawang potong. Biar seketika dan boleh lah ditutup api. 


Resepi Sayur Manis Kundur. Kekny actually banyak masak tapi tak ambik gambar dan just upload di instagram je. Ok lah ramai juga dok tanya resepi Kekny kat insta tu, jadinya Kekny share gambar dari instagram bersama resepi lengkap. 

Sayur manis buah kundur ni maktok selalu buat bila dia tak ada selera nak makan. Haa ni sebenarnya pembuka selera dan ianya adalah kegemaran Kekny. Korang tahu tak sayur manis tu apa. Di Kedah ni sayur manis tu sayur bening, yang tak ditumis sekadar rebus je. Manis tu datang dari rasa sayur, ikan atau apa saja bahan. Tapi Maktok selalu tambah sedikit gula dalam tu untuk membangkitkan rasa dan sebagai pengganti ajinomoto. Kalau korang tak suka jangan tambah ok.



Resepi Sayur Manis Buah Kundur

Bahan-bahan 
1 biji buah kundur saiz kecil
1 sudu besar udang kering direndam
3-4 batang cili padi
1 sudu kecil belacan
4 ulas bawang merah dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa.


Cara penyediaan

Tumbuk kasar cili padi dan belacan.

Satukan kundur, bawang merah, bahan tumbuk udang kering dan air secukupnya. Masukkan garam dan gula.

Rebus je sehingga kundur tu lembut dan masak. Siap.
Korang kalau nak beli barang dari overseas mesti agak cuak kan sebab takutlah barang tak sampai, takut transaction tak dapat buat dan banyak lagi lah problem ni. Tak semua barang yang kita nak ni ada jual di Malaysia atau di laman online shopping Malaysia. Kalau dari luar negara memang banyak pilihan dari segi jenis barang, warna dan saiz.   Haaa cakap pasai size, kekny ni pakai saiz kasut luar negara dimana kat Malaysia ni memang susah sangat nak jumpa kasut size Kekny hehehe. Tapi rupanya kat Ezbuy Malaysia ada je kasut size Kekny. Banyak pilihan pulak tu! Jom shopping online di Ezbuy.



Bukan saja kasut, Ezbuy Malaysia ialah satu online store yang menawarkan rangkaian online shopping dari luar negara yang memaparkan berjuta produk! Dimiliki oleh Ezbuy Holding Limited ianya menawarkan servis jualan barang global dari serata dunia secara online. Lebih mudah bagi kita nak beli barang dari pengedar luar ni kan.  

Sempena namanya EZbuy (easy buy), pengalaman shopping di Ezbuy ni adalah sangat mudah! Nak buat payment pun mudah dan shipping cost sangat munasabah. Tambahan pula korang akan dapat penjimatan sehingga 4 kali untuk hampir berjuta barang yang ditawarkan berbanding dari laman lain.

Cuba tengok ni.. handbag cantik-cantik serendah dibawah RM30 sahaja!!



Cantik kan handbag ni kalau nak beli boleh klik SINI


Ni Kekny nak share macam mana Kekny beli kasut dari Ezbuy Malaysia ni. Just masuk je ke https://ezbuy.my/ then pergi je ke Women Shoes. Then boleh search kat kotak search tu "extra large shoes".. ha naik pelbagai jenis kasut dan pilih la dari situ..



Ni kasut pilihan Kekny.. ada sampai size 47!!! Kekny ambil saiz 43. Kalau nak beli juga boleh klik SINI

Lepas tu korang boleh add to cart dan buat payment. Senang je!

Banyak lagi barang lain tau contohnya kalau Korean Fashion atau Korean Beauty haaa Ezbuy adalah laman online yang sesuai untuk membeli semua produk tu. Pakaian, kasut dan handbag juga sangat trendy!


Ezbuy juga menawarkan insentif menarik ye untuk sesiapa yang register di Ezbuy akan terima Voucher RM 15. Wahhh RM 15 dah boleh beli handbag menarik di Ezbuy. Korang jom la daftar sekarang di https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId=

Kalau nama orang utara tu, mesti tau kami ni suka makan daging cicah ayaq asam. Jangan tak tau no hehehe.. Daging air asam macam ala ala kerabu la, dan ianya memang menu utama di kenduri kendara terutamanya kenduri di korban dan akikah. Kadangkala dicampur perut atau adakala guna perut lembu semata-mata. Adakala orang tak campur daging dan air asam tu, dibuat berasingan, daging direbus hiris nipis-nipis, bila nak makan cicah je. Pun boleh dan sedap juga. Tapi kalau campur lagi sedap lah kan hehehe..

P3307065ed

Menu ni juga sesuai dihidangkan dengan nasi daging utara. Nak resepi nasi daging boleh je di sini Nasi Daging Air Asam & di sini Nasi Daging Utara. Ok jom tengok resepi yang amat lah mudah ni. Bahan pun senang je nak cari.

P3307076ed 

Resepi Daging Air Asam

Bahan-bahan 
1/2 kg daging lembu direbus sehingga lembut kemudian baru dihiris nipis
2-3 biji tomato, dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar kerisik (optional kalau tak mau letak pun boleh)
1 pokok daun sup dicincang
1 mangkuk air asam atau boleh juga guna perahan jus limau dicampur air, adjust ikut kemasaman
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk atau kisar
6-7 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sudu besar belacan bakar


Cara penyediaan 

Campur semua bahan bersama bahan ditumbuk dan gaul rata. Siap dihidangkan daging aiar asam ni


Salam Jumaat penuh barokah..
Masak apa korang hari ni. Haaa ni kari udang lipan nenas atau ada orang panggil udang ketak. Sedap udang lipan ni dibuat kari seba rasanya yang menyamai isi ketam. Korang buat je kari macam biasa ikut versi masing-masing.
P6242478ed

Tapi kalau ikut maktok, seafood ni dia suka buat kari lemak dan campur nenas. Sedapp.. jom tengok resepi. Kalau nak versi ketam boleh tengok kat sini Resepi Kari Lemak Ketam Utara
P6242483ed

Resepi Kari Lemak Udang Lipan dan Nenas

Bahan-bahan
1 kg udang lipan dibersihkan
1/2 biji nenas kecil dipotong ketulan besar
2 bungkus kecil rempah kari udang / makanan laut - boleh guna rempah ikan + rempah kari daging
2 cawan santan pekat secukupnya
2-3 cawan air atau secukupnya atau boleh guna perahan cair santan
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara penyediaan

Dalam periuk satukan bahan tumbuk bersama rempah, air atau santan cair dan didihkan (sehingga rempah masak).

Masukkan nenas dan biar lagi sehingga mendidih. Masukkan separuh santan dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan udang lipan dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan baki santan dan masak sehingga mendidih sekejap boleh la tutup api.

Cubalah resepi Kari Udang Lipan Nenas ni.. memang terangkat habis!

Cantik itu keyakinan.

Tak kira, apa saiz anda, apa warna anda, apa berat anda..

Yakini dan percaya diri kita cantik.

Walau tidak dimata orang, tapi di sisi Allah. Kerana setiap ciptaan Allah itu, tiada yang sia sia dan ada fungsinya dan Dia sebaik-baik Pencipta.

Dulu Kekny sangat rendah diri dengan orang lain. Especially orang yang kita tidak kenal. Hakikatnya Kekny sangat beruntung setakat ini yang mengenali dan Kekny jumpa menerima Kekny seadanya. Boleh nampak keikhlasan untuk berkawan itu. Alhamdulillah, bila kita fikir baik tentang orang, baik juga yang kita terima. Baik juga yang datang.

image (24)  
Sebenarnya Kekny ada banyak koleksi gambar yang share. Tapi letak gambar saja macam tak berapa seronok. Nak menulis dan mengarang tu tak sempat pula. Hehehe.. alhamdulillah hari ni ada masa sikit. 
Nak share resepi apom manis resepi special dari maktok ni. Kalau ada buat lauk kari, esoknya waktu sarapan mesti maktok akan buat apm ni untuk cicah bersama kari leftover. Apom manis ni senang sangat nak buatnya sebab ianya bukanlah macam apam lenggang atau lempeng biasa kita buat tu. Tekstur dia gebu dan lembut je. Sedap dimakan panas-panas apom manis cicah kari atau makan begitu sahaja. Kalau buat makan tak cicah apa apa, lebihkan sikit gula supaya sedikit manis. Kalau berani, cicah dengan susu pekat manis... kalau berani lah eheheheh..

P3016849ed

Hidang pulak dengan kopi O pekat memang terangkat habis. Kena pulak pagi tu hujan.. Kekny bangun pagi-pagi terbau haruman daun pandan yang maktok guna untuk sapu minyak pada kuali... adoii dah tau mesti maktok buat apom sebab semalam ada lebihan kari.. terus Kekny capai kamera dan tripod dari dalam drybox. Kebetulan hari tu tak sibuk dengan kek sempatlah shoot kejap...

P3016877ed P3016847ed P3016888ed


Resepi Apom Manis

Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
1/2 peket yis kering mauripan
2-3 sudu besar gula - ikut nak manis mana ya, jika nak makan sahaja tanpa kari, boleh tambah lagi.
1 sudu teh garam
1 biji telur
Air secukupnya - bancuhan sedikit cair macam bancuhan pekek.

Cara penyediaan :

Campur semua   bahan diatas dan gaul sehingga sebati. Peram (biarkan bertutup) kejap dalam 30 minit ke 1 jam supaya apom lebih lembut.

Panaskan kuali non stick, letak sedikit saja minyak (sapu minyak ke kuali guna daun pandan)

Cedok adunan menggunakan senduk

Tuang adunan kedalam kuali yang telah panas tadi sambil ratakan dengan senduk menjadi leper tapi jangan leper sangat. Saiz dan tebal macam penkek.

Masak sebelah sehingga masak kemudian terbalikkan dan lipat dua. Siap dihidangkan.


Kek Marble ni memang kek klasik yang jadi kegemaran Kekny. Kalau raya je wajib ada kek ni. Kalau tak buat pun mesti akan beli. Sedap dan lemak kek ni ditambah keharuman butter bercampur koko. Resepi Kek Marble ni Kekny olah sendiri resepi dia. Pasti menjadi dan gebu. Asalkan ikut step dan teknik Kekny ajar.

P3076958ed

Tips Kek Marble Sedap

Kena gunakan butter berkualiti contohnya Anchor atau SCS. Guna serbuk koko berkualiti supaya rasa koko sebenar dapat dirasai semasa menikmati kek. Bukan sekadar warna sahaja.

P3076939ed

Kek ni sedap dihidangkan panas-panas selepas bakar.... memang asyik je makan tu tak sedar dah berkeping masuk mulut hehehe..
P3076934ed P3076983ed

Resepi Kek Marble

(Loyang square saiz 9 x 9 dpt tinggi 2.5 inci)

Bahan-bahan 
210g self raising flour
220g castor sugar
290g butter SCS atau anchor salted (biarkan lembut tapi masih sejuk bila dipegang, takmau butter yg cair lama diluar nanti kek berminyak dan kasar)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pure vanilla essence
5 eggs (suhu bilik tak mau telur peti ais)
2-3 sudu besar serbuk Koko

Cara penyediaan 
Pukul gula dan butter sehingga kembang dan gebu sehingga warna putih krim

Masukkan vanilla dan garam.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap biji putar lebih kurang 30 saat baru masukkan sebiji lagi. Buat sampai telur habis.

Bila telur dah habis masuk dan sebati, slowkan mixer paling rendah, masukkan tepung sedikit sedikit dalam 3 kali masuk.

Bahagikan separuh kepada dua adunan.. separuh tu masukkan serbuk koko 2-3  sudu besar.

Masukkan dalam acuan selang seli dengan adunan koko. Bila habis, lorekkan dengan pisau membentuk corak marble dan hentak acuan sikit supaya kek nanti naik sama tinggi tak kembung.

Bakar selama 40 ke 45 minit suhu antara 160 ke 170 ikut oven masing masing ya.. selalu kek x berapa jadi elok ni sebab kita x faham kerenah oven kita sahaja..


Kalau nak resepi kek butter pound boleh ke SINI ye